Tuesday, March 30, 2010

Adikku sayang...



Saya merindui si comel ini (baca : saya maksudkan adik saya, Siti Nadia. Tapi saya pun comel jugak...hahaha~perasan sekejap)

Gambar ini diambil ketika saya dan keluarga pergi bercuti.

Sekiranya berhadapan dengan masalah, saya suka bersembang dengan si kecik yang comel ini.

Tahun ini adik kecik saya ini akan menduduki UPSR. Katanya, dia semakin rajin belajar. Demi mengejar A. Kerap mengirimkan sms memaklumkan kepada saya apabila dia sedang mengulangkaji atau mendapat keputusan ujian.

Saya mengharapkan kejayaannya. Dalam apapun yang saya lakukan, si kecik ini lah antara pendorong kuat saya.

Si kecik ini gemar menyanyi. Apabila bersembang di telefon, dia kerap menyanyikan pelbagai lagu untuk saya. Termasuklah lagu2 patriotik dan lagu2 nasyid (insaf sekejap... ;p )


Mood : Rindu-serindu-rindunya.

No comments: