
Sabtu lepas, saya menonton filem Nur Kasih The Movie.
Saya tidak mengikuti drama Nur Kasih sebelum ini. Maka, saya pergi menonton filem tersebut dengan minda yang kosong; iaitu tanpa meletakkan harapan tinggi tentang filem yang bakal saya tonton. Saya tahu ramai yang teruja dengan filem ini kerana mereka peminat setia drama Nur Kasih, jauh beza berbanding saya yang jarang layan TV kecuali apabila balik ke kampung (sebab TV ada dalam bilik sendiri, tak payah kongsi). ^_~
Kecacatan dan kelemahan filem ini berjaya ditampung dengan garapan emosi yang dilakonkan. Ada jugak satu dua babak yang nampak agak 'cacat', tetapi kecacatan itu tidak mengganggu keseluruhan kualiti filem ini.
Secara keseluruhannya, filem tersebut berjaya membuat airmata saya bergenang. Nasib baik tak tumpah. Saya sangat tersentuh dengan watak Nur, Aidil, Adam dan Alias (kanak-kanak lelaki iaitu abang kepada Mia Sara dalam filem tersebut). Mainan emosi mereka sangat terkesan di hati saya.
Saya sempat hanyut melayan perasaan semasa dan selepas menonton filem ini. Terfikir juga di minda, adakah saya akan memperoleh cinta setulus ini? Saya sangat tersentuh hati melihat kasih sayang Adam buat Nur, kecekalan Nur mengharung susah senang bersama Adam, ketabahan Alias dan kecekalan Aidil. Sungguh, mereka berjaya membuatkan airmata saya bergenang! Dan ketika Nur berusaha mencari suaminya yang hilang, saya membayangkan saya berada di tempatnya. Sampai begitu sekali imaginasi saya. *Malu. (-_-")Filem ini jelas menunjukkan betapa solehah dan setianya seorang isteri kepada suaminya. Susah senang dihadapi bersama. Dugaan Tuhan dihadapi dengan tabah. Benarlah wanita diberikan kekuatan yang luar biasa. Kuatnya bukan pada fizikal, tapi pada semangatnya mengharung hidup demi kasih buat suami dan keluarga. Filem ini cukup membuat saya berulang kali mengingatkan diri agar menjadi isteri yang terbaik buat suami saya kelak. Siapapun dia, saya akan mencari syurga dengannya. ^_^

*Lakonan Tiz, Fizz dan adik Ilyas (pelakon kanak-kanak lelaki) sangat berkesan hingga membuatkan saya berusaha menahan airmata dari tumpah, bimbang jadi bahan ketawa pembuli tegar! :P
0 comments:
Post a Comment