Aku Sabahan. So, apa masalahnya? Xda masalah kan?
Ada segelintir orang menganggap, Sabahan itu adalah kampungan. You know, like budak2 kampung. Yang orang2 ini tahu, Sabahan tu makan ulat, tinggal atas pokok, rumah atas gunung, pendek kata macam orang asli la. Kepada orang2 sebegini, aku cakap mudah sahaja, kalau anda yang macam katak bawah tempurung, tak tahu pasal tempat orang lain, so, janganlah komen lebih2. Diam lebih baik. Jangan berlagak seolah-olah anda tahu padahal sebenarnya anda tidak tahu.
Sabah. Ada apa dengan Sabah? Pelbagai suku kaum terdapat di Sabah seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Sungai, Bugis, Cocos, Tidong, Melayu, Cina, India, Toraja, Suluk dan sebagainya. Bahasa yang dituturkan juga bervariasi. Tetapi penduduk Sabah tetap menggunakan bahasa Melayu walaupun terdapat sedikit perbezaan dengan bahasa Melayu standard.
Negeri ni agak besar sikit berbanding beberapa negeri lain. Bayangkan sahaja, perjalanan dari daerah Tawau ke daerah Kota Kinabalu, mengambil masa sehingga 8-9 jam (perjalanan darat). Jauh bukan?
Tahukan anda, sekiranya negeri Melaka digabungkan dengan negeri Pulau Pinang, masih lagi tidak menyamai daerah Tawau iaitu Pulau Pinang (1033 kilometer persegi) dan Melaka (1658 kilometer persegi) manakala Tawau dengan 6125.3 kilometer persegi. ~Sumber wikipedia dan laman web Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau~. Kenapa asyik bercakap pasal Tawau ni? Sebab aku anak jati Tawau laaa....hu3..
Disebabkan negeri Sabah agak besar, maka tidak hairanlah sekiranya pembangunan di Sabah memerlukan masa yang agak lama serta dilakukan secara bertahap. Sedangkan negeri yang kecil pun tidak dapat dimajukan dalam sekelip mata, bukan? Malah negeri yang kecil juga masih mempunyai kawasan pedalaman yang belum dapat dimajukan. Am I right? Of coz lahh..hu3..
Walau bagaimanapun, Sabah bukanlah kawasan jin bertendang atau kawasan pedalaman semata-mata. Sabah masih lagi mempunyai bandaraya dan bandar-bandar seperti Bandaraya Kota Kinabalu, Bandaraya Sandakan, Bandar Tawau, Bandar Keningau dan lain-lain.
Kenapa tiba-tiba aku ceritakan ini semua?
Sepanjang aku belajar di UPSI ini, ada segelintir manusia yang suka memburuk2kan dan mempunyai persepsi negatif berkaitan negeri Sabah dan penduduknya. Contohnya, semasa kuliah Hubungan Etnik, apabila pensyarah bercakap tentang orang asli, kawasan pedalaman, budaya pelik, makanan pelik dan seumpamanya, ada sesetengah pelajar yang segera memandang ke arah kami (pelajar Sabah @ Sabahan) dengan pandangan yang sinis. Masa tu mahu sahaja aku mengajak mereka melawat negeri Sabah dan bandingkan dengan tempat mereka. Elok sangat kah tempat mereka hinggakan perlu memperlekeh negeri orang lain? Ada juga pelajar yang beria-ia mengutuk negeri Sabah di hadapan aku dan rakan-rakan. Mujur kesabaran masih ada.
Lebih menyakitkan hati, apabila ada antara mereka yang beranggapan bahawa Sabahan masuk ke universiti kerana kuota yang diberikan, bukan kerana kelayakan. Amboi...amboi...amboi...Mulut xde insurans la tu. Aku tak nak lah tinggi diri atau takbur dan sebagainya, tapi pada hemat aku ramai jugak pelajar-pelajar cemerlang yang terdiri daripada Sabahan. Dan aku tak nafikan, negeri2 lain pula pelajarnya pandai2 belaka. Jadi tak perlu memburukkan sesiapa. Kita sama sahaja. Untuk menjadi pelajar cemerlang, yang penting adalah usaha, bukannya berdasarkan negeri kelahiran masing-masing.
Dah hampir 4 tahun aku habiskan masa di UPSI ini, ramai kawan yang aku sempat kenali. Dari pelbagai negeri dan latar budaya yang berbeza. Bagi aku, kita semua sama. Sabah, Sarawak, Semenanjung, kita semua rakyat Malaysia.
Darah kita sama merah, rambut kita sama hitam, kulit kita sama coklat. Lantas apa yang membezakan? Cuma amal dan takwa.
*Sekadar berkongsi cerita dan pendapat.
*Semoga persahabatan kita semua berkekalan tanpa mengira perbezaan yang wujud.
*Aku suka berkawan dengan ramai orang tanpa mengira negeri asal mereka.
*Semangat 1 Malaysia..hu3..
ANWAR AS ECONOMIC ADVISER
1 day ago
