Lama jejari tidak menari
Menulis sesuatu buat melampias semua rasa hati
Banyak yang ingin aku coretkan
Tentang cinta dan impian
Tentang sayang dan harapan
Hidup ini sebuah pelajaran
Yang pahit usah ditangiskan
Yang manis usah diriakkan
Kita cuma hamba di bumi Tuhan.
Hiduplah untuk hari ini dan esok
Kerana hidup bukan untuk diratapi
Tetapi untuk dijalani dan dihargai
Siapapun kita di masa lalu
Apapun cerita sebalik semua yang berlaku
Aturan alam mengajar bahawa...
dengan pengalaman kita membina kehidupan
Maka,
Hiduplah untuk bahagia.
Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts
Saturday, January 31, 2015
Tuesday, November 5, 2013
Majlis Persandingan
Majlis persandingan diadakan selepas majlis pernikahan. Sepanjang majlis persandingan, saya dan suami mengenakan 4 pasang baju.
Semoga hubungan ini kekal bahagia selamanya. Semoga rumahtangga ini sentiasa harmoni. :)
Majlis Khatam Quran
Majlis Khatam Quran ini diadakan mengikut adat istiadat Bugis. Saya mengenakan pakaian suku kaum Melayu Bugis semasa majlis ini. Kumpulan 'Pagendrang' atau Gendang Bugis turut dijemput untuk memeriahkan suasana menyambut majlis pernikahan/persandingan yang diadakan pada keesokan hari.
Bersambung...
Pre-wedding / Pra-perkahwinan
Ini antara gambar-gambar pre-wedding atau pra-perkahwinan saya. Untuk tatapan semua. :)
Bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)























































