Thursday, February 19, 2009

Persahabatan Berlainan Jantina@Gender..



Isu ini agak menarik..tiba-tiba sahaja terasa ingin mengupas dan mengulas tentang isu ini setelah seorang kawan (yang tidak mberitahu namanya) bertanya tentang hal ini...

Bercerita tentang persahabatan..persahabatan adalah berkaitan hubungan hati..dan apabila bercerita soal hati, kita sering tersilap dengan mengaitkannya dengan cinta..sedangkan hati dan kasih sayang punya pentakrifan dan perkaitan lain yang lebih luas dan universal sifatnya..


Apabila diaju soal persahabatan berlainan jantina, saya terfikir, perkara ini juga unik sifatnya. Kerana apabila wujud frasa berlainan jantina, perkara yang sering berada di benak ramai insan adalah soal percintaan, jodoh dan sebagainya yang berkaitan dengan perhubungan intim..Seperti kata seorang insan, katanya, persahabatan hanya akan terjalin antara sesama jantina..Sedikit pelik pernyataan ini. Saya sendiri kurang bersetuju. Bukankah persahabatan itu murni sifatnya? Dan jalinan persahabatan itu lahir tanpa paksaan, hadirnya tiba-tiba, dan hilangnya tidak akan pernah..(insyaALLAH selagi kita menjaganya..). Kerana itulah persahabatan disanjung dan diangkat sebagai ikatan silaturrahim yang murni.


Persahabatan berlainan jantina..tidak salah...itu pendapat saya..Mengapa jantina perlu dijadikan ukuran dalam membina hubungan persahabatan?Lelaki dan wanita boleh berkawan, bersahabat..Tiada salahnya..


Apa yang menjadikannya salah? Mengapa timbul stigma masyarakat yang mengatakan persahabatan berlainan jantina adalah haram? Mengapa begitu mudah menghukum dan mengadili?


Jantina@gender bukan penghalang membina persahabatan...


Mungkin persahabatan berlainan jantina atau gender ini ditentang oleh sesetengah pihak. Jangan salahkan pihak ini. Setiap kita mempunyai alasan dan hujah tersendiri. Ada rasional bagi setiap pendirian. Misalnya, persahabatan berlainan gender ini disalahgunakan. Persahabatan dijadikan 'lesen' untuk bertepuk tampar dan bermesra tanpa batasan, apatah lagi antara lelaki dan perempuan..Sememangnya ini satu kesalahan,bukan?Tepuk dada, tanya iman!


Realitinya, percintaan juga adalah persahabatan tetapi bukan semua persahabatan adalah percintaan.
Persahabatan itu juga satu perkongsian dan pertukaran.. Apa yang dikongsi dan ditukar? Banyak.. Ilmu..Kenangan..Kegembiraan..Kesedihan..Nasihat..Kekuatan.. Persahabatan itu indah.. Kita boleh mengandaikan begini, terdapat dua kategori sahabat..Pertama, sahabat umpama ubat..Kedua, sahabat umpama penyakit..Ubat=keperluan sama ada dalam keadaan memang diperlukan atau sebagai persediaan..Penyakit=kesakitan, kemudaratan yang perlu dijauhi dan dielakkan.. Jadi, buatlah pilihan dengan bijak..

Wajarkah jantina jadi ukuran?
Jangan prejudis terhadap persahabatan yang terjalin antara gender yang berbeza. Apalah ertinya gender andai manfaat persahabatan menjadikan kita insan yang lebih baik daripada sebelumnya..Perkara yang penting, berhati-hatilah dalam memilih sahabat..Jika kita bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan mendapat wanginya..Indahnya persahabatan..

Rasulullah SAW bersabda sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud yang bermaksud:
"Seseorang itu adalah mengikuti aturan daripada sahabatnya, maka hendaklah ia melihat (meneliti) dengan siapakah ia menganggap seseorang sebagai sahabatnya itu."

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar" (At-Taubah: 71).

Carilah sahabat yang dapat memandu kita menuju keredhaan ILLAHI.

Yang dapat memimpin dan menghargai..

Yang tahu persahabatan itu penuh bererti..

Bukan sekadar tempat persinggahan dan berlalu pergi..

Persahabatan itu lebih murni..
Sahabat itu dekat di hati..

Apabila menangis dia ada di sisi..

Memberi kekuatan dan terus menemani..

Apabila ketawa dia mengingati..
Agar jangan terlalu leka dan mudah berpuas hati..

Kerana tidak mahu kita alpa dan kecewa lagi..

Indahnya hidup ini..

Andai semuanya kerana ILLAHI..

Ya ALLAH, lindungilah sahabat-sahabat kami..

Biarlah persahabatan ini membawa kami dekat pada-MU, ya RABBI..


~SEKADAR PENDAPAT DARI SEORANG INSAN BIASA YANG JUGA BERGELAR SAHABAT~
p/s: .:kWn:. semoga entri ini dapat menjawab pertanyaan itu..sekadar berkongsi pendapat~

7 comments:

Pjoyz Zul said...

Terharunya ada pic saya kat entri nih..

Anonymous said...

TQ bieb.. pendapat yg baik..
minta pendapat lain.. bolehkah slps psahabatan antara jantina ini terjlin dan mjadi rapat, ia akan terus kekal??
mungkin psahabatan itu akan putus krna pbezaan pndapat antara lelaki dan prempuan atau berubah mjadi cinta??

.::kWn::.

srikandi_kasih said...

Pjoyz : Arena perdebatan juga mencambahkan persahabatan..

Anonymous : TQ..Mengekalkan persahabatan antara jantina?atau persahabatan berubah menjadi cinta?saya cuba jawab dlm entri yg lain..insyaALLAH.

matul said...

persahabatan berlainan jantina tak penah dihalang...hatta dgn yg mengalami kekeliruan jantina pn kt blh b'sahabat...hehe...
yg penting...
PERGAULAN ADA BATASNYE... wp sesame jantina...
sesame jantina pn,kalu batas tak d jg, tu la yg jadi hub sejenis...gay, lesbian...
rindu bieb n nadiah...bertengkar i2 guraun...hehe...my best frenz..

Pjoyz Zul said...

Aku pon rindu kat 3 dara pingitan nih.. hahahahaha

srikandi_kasih said...

matun: aku pn rndu kt ko n nadiah...sgt2 rndu..

pjoyz: wah..pjoy rndu kt kitorg la..hihi..lpas ni blnja mkn ekkk...huhu..

Anonymous said...

salam,
hehe tq 4 d artikel. sy suka baca...
sy pn ada sahabat lain jantina, alhamdulillah.
memang org sekeliling pandang lain dan anggap kmi ne bercinta. tpi sahabat sy tu dh ada kekasih... ne lah yg org kata sy ne nak rampas dia... insyaallah sy akan jga hubungan persahabatan kami ne sampai bila2 biiznillah.
sebenarnya seronok if kite dpt sahabat lain gender ne asal tau jaga batasan agama.