Friday, February 5, 2010

Abang saya tak kahwin lagi!

Saya didekati oleh seorang pelajar. Sephiah. Pelajar kacukan Cina dan Pakistan. Comel orangnya.

"Cikgu...cikgu dah kahwin tak?" Saya menggeleng.

"Berapa umur cikgu?" "Nak masuk 24"

"Haaa....24? Macam tak percaya je. Cikgu nampak lagi muda la..Macam remaja. Macam kakak saya je.."

Laaa...24 tu bukan umur remaja ke? Saya pulak yang keliru.

"Cikgu...saya ada abang. Ada 3 orang. Hensem. Sorang umur 16, sorang lagi 20, sorang lagi 24."

Aikkk...ni apa kes cerita pasal abang plak..

"Cikgu...abang saya tak kahwin lagi."

Owhhh...kaedahnya nak kenenkan cikgu dengan abang la ni...aduyai..

"Cikgu, nak no fon, boleh? Boleh abang saya kenal dengan cikgu."

Owhhh...tidak mungkin.

Anak-anak muridku sekalian...Cikgu datang sini nak praktikal, nak mengajar. Bukan nak cari calon suami.

Ni pun cabaran sebagai guru jugak ke? Pening.

2 comments:

FaIzZ said...

hehehehe..... lawak jugak kan.... sy pun dapat tawaran yg sama.... hari rabu n jumaat sy jaga pintu masuk.... mesti dia suruh kakak dia yg hantar ke sekolah..... selalunya jalan kaki.... pelik2

srikandi_kasih said...

Faizz : betul ke?ni yg buat saya jeles ni..hahaha... ;p