Tuesday, March 2, 2010

Cikgu jangan marah maaa...

Sepanjang hari ini saya gelisah. Di sekolah saya asyik marah-marah sahaja. Habis pelajar saya menerima habuan akibat mood saya hari ini. Gurauan mereka pun saya buat endah tak endah. Yang pasti, saya sangat gelisah.

Di dalam kelas. Bilik guru. Surau. Bahkan semasa perhimpunan. Saya cuma berkhayal, berangan dan sekali sekala bersembang dengan cikgu-cikgu lain.

Di dalam kelas, pelajar-pelajar saya sudah merayu, 'Cikgu, please jangan marah-marah..cikgu senyum la sikit...cikgu jangan marah maaaa~'

Saya? Sekadar menjeling pelajar-pelajar ini.

Huh! Dahla mood tak ok. Kelas pulak bising. Siapa yang tak marah.

Menjelang malam, saya tersenyum semula.

Kerana dia.

2 comments:

Anonymous said...

so sweet~~~

Miss Bieb said...

Cerita lama...btw,thanks!