Sunday, March 7, 2010

Cikgu senior kerrr...???

Semalam sekolah saya mengadakan temasya sukan sekolah. Nama nak gah. Temasya. Tapi perjalanan majlis dan prestasi agak hampeh.

Yang itu saya masih tidak kisah. Masih boleh dimaafkan dan diterima.

Tetapi ada satu perkara yang buat saya sedih.

Seorang guru wanita berusia lingkungan 30-an (agaknya), memarahi saya atas sebab yang tidak rasional.

Kisahnya, semasa perhimpunan sekolah pada hari Jumaat, diadakan majlis penyampaian hadiah untuk beberapa acara sukan. Saya dan beberapa orang guru ditugaskan di bahagian hadiah. Saya laksanakanlah tugas tu (dengan jayanya..huh).

Nak dijadikan cerita meja hadiah tersilap letak. Tidak diletakkan semula di khemah urusetia sukan. Sebaliknya diletakkan dalam sebuah bilik (ntahbilikapa). Keesokan harinya (semalam) semasa hari sukan, cikgu tu bising-bising sebab meja tu tak ada. Habis semua orang dia sembur. Tapi dia paling marah pada saya. Sebab? Saya seorang je cikgu praktikal di situ. Jadi, dia lepaskan semua kemarahan pada saya. Pada cikgu-cikgu lain dia membebel sorang-sorang.

Sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, saya sangat sedih dan terkilan. Semua kesalahan diletakkan pada saya, sedangkan bukan saya seorang sahaja yang bertugas di bahagian hadiah. Dan masalah tersebut tidaklah sebesar mana. Masalah tersebut selesai tak sampai 10minit (mintak student ambik meja dalam kelas).

Saya cuma mendiamkan diri. Tanpa sedar airmata bergenang. Pada Kak Sarinah, Kak Marina dan Kak Zura saya adukan. Masa tu jugak akak-akak ni pergi protes cikgu tu.

Saya tak menyalahkan cikgu tu. Tapi, kalau pun anda berbangga dengan gelaran cikgu senior dan ketua bahagian hadiah, tak payahlah nak sembur-sembur orang dan melayan cikgu lain macam budak sekolah. Jangan keluarkan kata-kata tak elok (ini saya paling pantang!).Tegur secara berhemah. Kalau cikgu tak tahu menghormati orang lain, jangan mintak orang lain hormat cikgu!

Mood : Sedih tahap gaban.

2 comments:

Anonymous said...

kesedihan sudah diubati...

Miss Bieb said...

anonymous : Ya. berharap takkan bersedih lagi. semoga hari-hari mendatang akan baik-baik sahaja.