Monday, May 17, 2010

Tangisan dan rintihan seorang guru kecil...

Episod praktikal sudah berlalu. Siapa sangka tubuh kecil ini akan bergelar guru. Siapa sangka tubuh kecil ini boleh mendidik dan memimpin yang lain. Siapa sangka tubuh kecil ini akan bisa menahan cabaran yang datang bertimpa.

Saya sudah meninggalkan episod itu. Berpraktikal di sekolah menengah, mengaplikasi segala ilmu yang dituntut selama 4 tahun di universiti.

Mungkin ramai tidak tahu, sepanjang praktikal ini, saya banyak menangis dan mengadu. Mula menjejakkan kaki ke SMK Bercham, sehinggalah detik meninggalkan sekolah ini, saya menangis. Bezanya, permulaannya adalah tangisan takut, tekanan dan kerisauan. Akhirnya adalah tangisan kesedihan, terharu, gembira dan pelbagai perasaan bercampur baur.

Mendidik pelajar bukan tanggungjawab mudah. Pada DIA tempat saya mengadu. Adakala teman juga terpaksa bersabar mendengar rintihan dan luahan guru kecil ini. Hampir setiap hari ada sahaja cabaran yang menduga sabar dan kewarasan fikiran. Hampir setiap hari ada sahaja air mata yang tumpah. Hampir setiap hari, bibir ini tidak henti mengadu dan meluahkan segala yang terbuku di hati, walaupun adakala terpaksa memendam sendiri.

Tempoh 4bulan yang dilalui sudah menjadi sejarah. Saya semakin hampir menggapai impian. Hanya perlu bersabar untuk direalisasikan di hari bersejarah kelak. Terima kasih, Tuhan. Pada-MU lah sebaik-baik tempat mengadu.

4 comments:

awang said...

Salam Kak bib...
Yeah dah abis!! hu3.. Selamat Hari Guru!!

srikandi_kasih said...

aqwang : thanks, aqwang..rs lega dh hbs praktikal ni.. ;)

khaira said...

akak jangan sedih2...sabar banyak2 yer...ap2 pun, tahniah kak...dah nak konvo...hihihi;-)

srikandi_kasih said...

khaira : tq..tp x konvo lg..hukhuk..penganggur terhormat je skang ni..