Tuesday, July 6, 2010

Aku cuba

Aku cuba menjadi putih dalam hitam

Aku cuba menjadi cahaya semasa kelam

Aku cuba menjadi mentari tatkala malam

Aku cuba menjadi apa sahaja yang kau mahu

Merenangi lautan berapi, mendaki gunung tertinggi, memetik bintang cerlang pada langit luas terbentang- memang aku tak mampu

Aku hanya ada kasih, yang terbit tulus dari hati
Dengan kasih aku berdiri, dengan kasih aku berlari, dengan kasih aku terus gagahi!

Aku bukan rakus untuk mendamba hatimu
Merangkul setiap inci yang aku rindu!
Tidak! Aku tidak serakus itu!
Mungkin sahaja aku mahu lebih dekat-walau jauh

Katalah apa sahaja. Yang terdaya. Aku cuba!

No comments: