Saturday, July 3, 2010

Seorang 'aku'

Jangan buka! Nanti kau marah!
Jangan lihat! Nanti kau gelisah!
Kau bukan tak tahu emosi mu tidak menentu
Merah dan biru seolah bercelaru
Bezanya jelas, kau sahaja yang buat-buat tak tahu.

Perjalanan masih jauh
Tapi mengapa kau masih dungu dan buntu
Ingat! Akal di kepala!
Hei! Kepala maksud ku otak! Bukan kepala lutut!
Kau memang kalut!
Sabar sahaja.

Baik. Kalau pun kau risau, takut, atau apa sahaja
Fikirkan satu, kau bukan tidak punya sesiapa, kau bukan tidak punya apa-apa
Hei! Aku serius! Aku benci memuji. Takut kau lupa diri
Yang nampak, yang tersembunyi, ramai yang memuji-aku tidak terkecuali-
Peliknya, bila kau tunduk, akur dan lemah.

Bangun! Sedar!
Bersedih, gundah, gelisah, bukan itu jalannya
Kau tidak perlu itu semua
Kalau kau budak kecil, sudah lama aku dodoikan tidurmu
Tapi kau sudah dewasa, kata rakan ku sudah boleh menimang cahaya mata
Kau sedih, kau berduka, hanya kerana cinta?
Mengapa lemah? Kata mu kau kuat
Aku tak lupa, bukan sedikit dugaan kau hadapi sebelum ini
Semua kau harungi; tabah
Jadi, sekali ini kau jangan kalah
Kalaulah aku mampu meyakinkan mu
Bahawa kau terlalu berharga
Mungkin sahaja saat ini kau ketawa
Tapi yang terlukis di wajahmu terlalu banyak garis kecewa
Jangan pendam, aku ada.

No comments: