Sunday, October 10, 2010

Semalam

Aku baring merenung siling
Mengapa hitam dahulu putih
Ahhh...Mungkin debu yang mencemar
Ataukah aku yang membiar.

Ku renung kamar keliling
Mengapa semakin sarat
Terasa sempit dahulu luas
Barangkali aku yang tidak puas.

Ku lihat jendela
Cahaya menyusup sedikit sahaja
Mengapa samar walau mentari menyinar
Mungkin pandanganku yang berpinar.

Hari ini celaru
Hari ini keliru
Hari ini amarah
Hari ini gelisah
Semuanya tidak kena
Kerana rasa tidak terluah
Dengan tingkah atau kata-kata
Sungguh aku penat
Mahu jauh
Bukan seketika
Tapi selama-lama.

No comments: