Thursday, January 6, 2011

Sakit

Sakit.
Terpaksa senyum sekalipun perit.
Sakit.
Menghadam rasa yang pahit.
Sakit.
Hanya diam dalam hati yang radang menjerit.

Apa yang kau harap? Pada jiwa yang kau taruh?
Adakah sekadar menanti balas?
Atau meminta ihsan dan belas?

Sungguh. Rasa itu semakin pergi.
Mungkinkah akan kembali? Atau langkah terus sepi?
Meninggal jejak yang tak terkejar atau khabar yang tak terdengar.

2 comments:

Anonymous said...

sakit di ubati sendiri dengan senyuman :)

Miss Bieb Juddin said...

Ya. Dan ubati juga dengan menyuburkan iman. ^_^