Saturday, March 5, 2011

Bersyukurlah!

Setiap butir bicara
Kau ungkap
Kadang dengan angkuh
Kadang dengan keluh
Seolah tak mensyukuri nikmat rezeki mu

Mengapa tak kau panjat rasa bersyukur
Mengelakkan diri mu kufur
Atau kau panjat rasa bersyukur
Sambil diri bertafakur

Rezeki yang diberi
Bukan bahan untuk kau bermegah diri
Atau kau keluhkan berhari-hari

Maaf. Bukan maksud menyakiti
Sekadar memberi peringatan buat kamu dan buat diri
Semoga tidak kufur dengan setiap nikmat yang diberi.

2 comments:

norillyas hussin said...

sokong!!!...
bersyukur amalan mulia

srikandi_kasih said...

Illyas > Yeah! Mari amalkan rasa bersyukur! Syukur ALHAMDULILLAH! :)