Monday, March 7, 2011

Melupakan

Aku kah yang bersalah
Andai langit tak biru seperti selalunya
Akukah yang bersalah
Andai hujan turun selebatnya
Akukah yang bersalah
Andai mentari terlalu terik sinarannya?

Telah ku cuba menjadi bidadari indah
Telah ku cuba menjadi peneman yang setia
Telah ku cuba menjadi kawan yang selalu ada
Saat sukar dan senangmu, aku tetap di sisi
Menemani.

Andai itu tak cukup
Buat kau mengharung hidup
Andai itu tak baik
Buat kau terasa serik
Andai itu belukar
Buat kau terasa sukar

Maka
Biar ku hilang dari hidupmu
Dari pandang, dari jejak, dari apa sahaja!

Biar aku belajar melupakan nama mu, wajah mu dan apa sahaja tentang mu
Mungkin lebih baik begitu.

2 comments:

Mohd Hafeez Johari said...

andai ku tahu,,,

srikandi_kasih said...

Hafeez > Rasa sering begitu...adakala menjadi rahsia; dipendam dan hadam; sendiri. ^^