Sunday, April 24, 2011

"...Aku dah ada orang lain yang ada masa depan yang lebih cerah..."

Saya terbaca status seseorang di facebook. Lebih kurang begini, "Jangan ganggu aku lagi...Sekarang tak payah cari aku lagi. Aku dah ada orang lain yang ada masa depan yang lebih cerah. Bukan macam kau!..."

Fuh! Sadis kan?!

Meninggalkan dan ditinggalkan. Dalam cinta perkara sebegini sangat sensitif. Siapa yang mahu kecewa dan kecundang dalam cinta. Pasti semua mengidamkan percintaan yang penuh kebahagiaan serta berkekalan.

Melihat tulisan tersebut membuat benak saya memikir tentang beberapa perkara.

1. Bagaimana seorang insan biasa tahu masa depan orang lain?
2. Adakah ukuran cinta dengan material? Maksudnya, apabila material tidak sebaik atau sebanyak orang lain, maka orang itu tidak layak untuk cinta kita, begitu?

Baiklah. Saya bukan pencinta yang sempurna. Saya juga ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi, saya tidak bersetuju dengan orang yang menjadikan material dan fizikal sebagai syarat dalam cinta. Dan jangan memandang rendah pada orang lain. Ramai juga orang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi tetapi berjaya dalam hidup. :)

Jika hari ini kita cantik atau kacak, jangan lupa, masa tua tetap akan hadir. Jika hari ini kita gembira dan senang berharta, jangan lupa masa sedih dan susah mungkin akan menjenguk jua. Kecantikan, kekayaan, kesusahan, kehodohan, dan pelbagai perkara sebenarnya juga adalah satu bentuk ujian. Jangan terlalu taksub mengejar yang cantik, yang kacak, yang kaya, yang bergaya, dll. Saya percaya kita semua tahu apa syarat utama dalam mencari pasangan hidup. :)

2 comments:

Anonymous said...

agree..biarla Dia yg menentukan cinta untuk kite..Jodoh dah ditentukan..kita hanye usaha..redha la dengan ketentuan..

Miss Bieb said...

Betul. Berusaha mencari cinta yang sebenar cinta, di samping memohon petunjuk serta bantuan dari Yang Esa agar ditemukan jodoh yang baik.