Sunday, April 3, 2011

Kopi pasta? Copy paste... :P

Apa tujuan anda berblog? Mahu mengejar trafik? Buat duit? Berkongsi rasa? Berkongsi ilmu? Diari kehidupan? Atau apa?

Saya? Saya berblog pada mulanya kerana 'terpengaruh' dengan rakan saya. Kemudiannya saya selesa berblog kerana sesuai dengan minat saya iaitu menulis, di samping menjadi tempat untuk saya melampiaskan segala macam perasaan.
Tulisan yang saya hasilkan di blog? Apa-apa sahaja yang saya rasa mahu coretkan. Tentang perasaan, tentang pendapat, tentang pedoman, tentang kehidupan seharian, tentang apa sahaja.

Saya tak tahulah apa tujuan anda semua berblog. Tapi saya agak kurang gemar dengan orang yang suka copy paste hasil tulisan orang lain tanpa memberi kredit kepada penulis asal.

Kenapa? Anda fikirlah sendiri. Setiap tulisan bagi saya bukan dihasilkan secara semberono tanpa ada sebarang maksud dan sebab. Contohnya, anda menulis sesuatu, kemudian orang lain menulis semula tulisan itu tanpa memaklumkan bahawa itu adalah hasil tulisan anda, maka apa pula pandangan orang lain apabila membaca tulisan itu di blog-blog lain? Siapa tiru siapa? Siapa copy siapa? Entahlah anda bagaimana, tapi saya tidak suka dilabel tukang tiru/tukang copy. Lagipun, kita kenalah hormati orang lain. Kalau ambil sesuatu kepunyaan orang lain tanpa izin dan tanpa memberi kredit kepadanya, itu juga dikira tidak menghormati kan?

Bukankah apa sahaja tulisan dikira sebagai harta intelek? Bagi saya, hatta saya coretkan tentang diari harian saya pun itu adalah hak saya! Hormati hak orang lain ya!

Entri ini berbaur emosi? Mungkin tidak. Cuma nak ingatkan, telah berkali saya katakan, sama ada secara langsung atau tidak, saya tidak suka 'BUDAYA COPY PASTE/ SALIN SEMULA TULISAN ORANG LAIN TANPA MEMBERI KREDIT KEPADA PENULIS ASAL'.

Majoriti daripada kita pasti pernah bergelar pelajar universiti kan? Ya! Penulis blog ramai dari kalangan mahasiswa atau graduan. Semasa menyiapkan tugasan ilmiah dahulu, beginikah yang telah diamalkan? Ambil rujukan sana sini, copy sana sini, kemudian tidak memberi kredit kepada orang yang telah melakukan kajian asal? Kalau itu yang terjadi, amat menyedihkan kerana masih ada orang yang tidak menjunjung etika menuntut ilmu, menjunjung semangat intelektual.Apapun, tujuan anda berblog (untuk mengejar trafik, buat duit, popular, mahukan nama, saja suka-suka, minat menulis, dll), TOLONGLAH jangan amalkan budaya copy paste tanpa memberi kredit kepada penulis asal. Sekian. Terima kasih. Maaf zahir batin.

*lepas baca entri ni kalau kau buat lagi aku tak tau nak cakap apa dah. dalam lembut aku ada garang jugak tahu tak! opsss..kan dah beraku-aku..aku tak suka marah ni..tak cool! babaiiiiii..

6 comments:

Kak Mahh said...

Akak nak kopi....copy n paste pun nak juga tapi yang bermanafaat lah.

Miss Bieb said...

Kak Zmah > Boleh je,kak. Kak Zmah nak kopi boleh...Copy pun boleh... ^_^ Btw, thanks for visiting this blog! :)

Awangku Johan said...

aku slalu copy.. sorry laaa.. huhu

Miss Bieb said...

AK > Yaka? Bah, mau copy boleh bah. Xda hal. Tapi letak link blog aku skali ya! Hihi.. :)

Awangku Johan said...

Bib.. malu ar dah.. huhu.. coz aku terasa..

Miss Bieb said...

AK > Tak payah la malu-malu. Alahai..Macam la dengan orang lain kan..Dengan member2 sendiri jak pun. Copy jak mana2 yg terasa mau copy. Sambil letak link blog sekali. Haha.. :D