Wednesday, May 25, 2011

Sama atau berbeza?

"Siapa kata KLCC dan sawah padi tidak boleh bersatu?"

Itu petikan dialog dari filem Cun! Pelik bunyinya, tapi ada simbolik di sebaliknya.

Bolehkah dua jiwa bersatu, jika sarat dengan perbezaan? Saya suka Kenny Rogers, awak suka Nando's. Saya suka buku, awak suka lagu. Saya suka dating, awak suka racing. Hahaha.. *Merepek!

Adakah cinta akan bersatu, jika berbeza serba serbi?

Dulu, semasa zaman sekolah menengah, cikgu pernah cakap, kalau cari kekasih, carilah yang sepadan, sama taraf, sama pandai, sama cun, barulah ngam! Masa tu, saya cuma tersenyum. Mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak.

Semasa zaman pengajian sarjana muda yang lepas, oleh sebab saya seorang pendebat universiti, maka, ramai juga kenalan orator dari universiti lain. Setiap kali kawan-kawan saya mengusik untuk 'mengkenenkan' saya dengan pendebat universiti lain, setiap kali itu jugalah saya berikan alasan sama; "Aku tak mahu couple dengan pendebat. Nanti kitorang berdebat setiap hari. Dua-dua tak nak mengalah." Logiknya, sebab debat ini medan beradu minda, bertikam lidah, mempertahan hujah. Bimbang sifat pendebat itu terbawa-bawa sehingga ke alam percintaan mahupun perkahwinan. :P

Kawan-kawan saya pernah cakap, "Aku kalau boleh nak suami sama negeri dengan aku. Senang balik raya. Dan kalau boleh, aku nak cikgu jugak. So, dia faham kerja aku, aku faham kerja dia." Haaa...Tengok! Isu negeri, isu pekerjaan, isu balik raya, macam-macam isu boleh timbul apabila bercakap tentang perbezaan.

Saya keliru dengan hati sendiri. Kadangkala saya mahukan pasangan yang sama macam saya, sekepala dan sama serba serbi. Kadangkala saya mahukan pasangan saya berbeza, supaya hidup bersama lebih bervariasi. Dan oh ya! Saya memang pandai bercakap atau menasihati orang lain tentang cinta, tapi saya kurang pandai dalam mencatur cinta sendiri. Itu saya perlu akui.

Apabila wujud perbezaan antara dua jiwa, mudahkah untuk bersatu? Berbeza itu boleh jadi indah, boleh jadi juga sebaliknya. Mungkin benar kata cikgu saya dahulu, cari yang sepadan dengan kita, atau mungkin juga benar kata orang lain, lebih menarik jika berbeza agar perbezaan itu dapat dikongsi bersama.

Berbeza atau sama, mudah-mudahan jodoh saya dapat melengkapi hidup saya dan menjaga saya dengan baik. Ya! KLCC dan sawah padi boleh bersatu! Tapi, KLCC dan Bangunan Yayasan Sabah pun boleh bersatu! Sawah padi dan dusun juga boleh bersatu! Macam-macam boleh bersatu. Takdir penentu segalanya! ^_^

4 comments:

Anonymous said...

alangkah indahnye kalau benar KLCC dan sawah padi boleh b'satu.. :)

Miss Bieb said...

Ya. Sangat indah. Dan lebih indah lagi jika penyatuan itu adalah atas dasar cinta yang sejati serta berkekalan. :)

Anonymous said...

so sweet...act pd sy beuty n beast psangan yg plg sweet....rite?

Miss Bieb said...

Errmmmm maybe! Pada saya pasangan yang sweet ialah pasangan yang saling menghormati, menyayangi dan membantu. Melengkapi apa yang kurang dan menyenangkan apa yang sukar. Cth mcm suami tlg isteri bt keje2 rumah...sweetttt! ^_^