Wednesday, June 15, 2011

Risau melampau, jeles tak bertempat? @_@

"Dia cantik. Aku tak berapa nak cantik. Sob..sob..sob.."
"Kenapa aku gemuk? Orang lain comel je saiz S. Aku ni nak kata XL tidak, tak tau berapa kali XL dah ni. Macam infiniti XL je..Huwaaaaaaaaa!!!"

Sesetengah orang risau sangat bila fizikal orang lain lebih cantik daripada dia. Risau sampaikan makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Risau mengalahkan orang kehilangan bini. Mungkin.

Kenapa kita perlu risau pada perkara yang tak sepatutnya? Risau sebab orang lain cantik. Risau sebab orang lain kurus. Betul kita memang perlu risau bila keadaan fizikal kita agak tidak menyenangkan. Tetapi sandaran risau itu jangan kerana orang lain. Maksudnya, Si Pe'ah risau sebab si Joyah cantik. Si Bedah risau sebab Si Jenab kurus. Come on people! Tak perlu risau sebab orang lain lebih dari kita. Risaulah sebab perkara tersebut memang perlu dirisaukan. Faham tak maksud saya?

Bila kita risau sebab kecantikan yang ada pada orang lain, tahap tension kita akan meningkat dengan sebanyak-banyaknya. Mengganggu emosi. Hingga kadang kala mendorong kita untuk cemburu, mengumpat, mengata dan sebagainya. Cuma sebab kita tak puas hati orang lain lebih cantik daripada kita.

Berbanggalah dengan diri sendiri. Kita sudah cukup cantik. Apa yang Tuhan bagi ni memang inilah yang paling sesuai untuk kita. Tak payahlah nak ungkit, "Oh Tuhan, kenapa hidung aku penyek je, kenapa hidung dia boleh buat sangkut hanger baju?" Buang masa lah,sayang-sayang sekalian! Dah takdir hidung tu penyek, tetap penyek jugak. *Sesiapa yang hidung penyek jangan terasa hati pulak. Hidung saya pun tak berapa nak mancung ni haaa...Rilek la! ;)

Saya pernah jugak alami gangguan emosi melihat kecantikan orang lain ni. Masa zaman sekolah menengah dulu. Kawan datang sekolah muka dia shining semacam je, so, apa lagi, akibat kejelesan yang tak bertempat, esoknya saya datang ke sekolah dengan fair and lovely bertepek di muka. Ha...ambik kau! Punyalah terpengaruh dan kerisauan tengok orang lain cantik semacam lebih dari kita. Last-last start la episod tumbuh jerawat di sana-sini! Menyesal tau!

So, pengajarannya, janganlah risau tak bertempat. Jangan cemburu melihat kecantikan orang lain. Setiap apa yang Tuhan berikan pada kita; hidung, mulut, mata, dll, semuanya memang sesuai dengan kita. Takkanlah sebab kita gelap kita nak mandi guna Clorox, kan? Atau simbah orang yang cerah dengan cat hitam supaya dia sama gelap dengan kita. Fuyooo gila kejam! Haha..Berbanggalah dengan diri sendiri! Kita semua cantik! Yeah! Kita cantik, cun, comel, jelita, kacak, bergaya, hensem! Bersyukurlah! Yakin tu penting! ^_^

*Tapi tak salah kalau kita berusaha untuk kelihatan cantik tau! Nak pakai makeup, minum jamu kuruskan badan, semua tu tak salah! Jangan silap faham pulak! Jom kita mencantikkan diri masing-masing! Tapi jangan risau melampau-lampau atau jeles tak tentu pasal tengok orang lain lebih cantik. Hati mesti cantik jugak! ^_^

6 comments:

Anak Teruna said...

baiklah saya akn hurai segalanya dlm entri sy esok hari...

Miss Bieb Juddin said...

Anak Teruna > Ermmm.. sori.. xphm.. Saya ada tersilap cakap ke? Entri ni bukan untuk kenakan sesiapa tau. Sori kalau tsilap ke apa. Tapi kalau nak bt entri balas sebab nak berkongsi pndpt ttg bnda ni jugak, thanks yer! Best gak bertukar-tukar pndpt. ^_^

ahmad syafiq said...

bersyukur dgn ape yg ade dan tidak terlalu mencari kesempurnaan kan ? hehe.. =)

Miss Bieb Juddin said...

Ahamad Syafiq > Kita semua sememangnya wajib bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri. =)

aksara said...

kita merasa kita memilikinya.. hakikatnya kita tak punya apa-apa. hanya pinjaman yang sementara.

Miss Bieb Juddin said...

Aksara > Yep. Semuanya hanya pinjaman. Tuhan berikan kita pelbagai nikmat. Syukuri segalanya. :)