Sunday, February 19, 2012

Redha

Ramai antara kita sering mengimbau semula perkara yang telah terjadi. Kemudian, sama ada kita redha atau berharap masa dapat diputarkan kembali. Memutar masa untuk memperbaiki kesilapan diri.

Hujung minggu ini, duduk santai sendiri, mengingat kenangan lama... Huh! Terasa seperti mahu mencubit diri sendiri; kenapa saya boleh melakukan kesalahan-kesalahan yang lepas? Argh! (>_______<)

Tapi, siapa kita untuk menghalang perjalanan takdir, kan? Kita merancang, Tuhan juga merancang. Dan perancangan Tuhan pasti lebih indah, penuh dengan hikmah.

Kita mungkin menyalahkan orang lain atas perjalanan hidup sendiri yang mungkin tidak seindah yang diimpi. Tetapi, kita sering lupa, yang mencorakkan hidup ini adalah kita. Yang melangkah adalah kaki sendiri, yang membuat keputusan juga adalah hati sendiri. Menyalahkan orang lain tidak pernah dapat menyelesaikan masalah yang ada.

Redhalah. Sekalipun ada ketika kita terjatuh dan menangis, tetapi ingat, Tuhan tidak akan membiar kita sendiri. Pasti ada yang lebih baik menanti di kemudian hari. Redha dan berubahlah menjadi lebih baik. Semua insan berhak untuk gembira. Akan tiba saatnya; yang duka berubah menjadi indah. Tuhan Maha Adil dan Maha Mengasihani setiap hamba-Nya. Dia takkan membiar kita terus menangis!

4 comments:

. said...

bergembiralah.

Miss Bieb said...

Bro Nizam Sani > InsyaALLAH. :)

Nurhaini Yudin said...

Dgn redha dapat menawar segala kedukaan .. :)

Nurhaini Yudin said...

Krn redha penawar segala kedukaan :)