Wednesday, May 23, 2012

Tepu

Hidup aku, aku yang punya
Manis pahitnya, aku yang rasa

Tapi mengapa hidup mesti diarah sesiapa?

Sekali ini biar aku yang tentukan
Kiri kanan, biarkan haluan
Hidup aku! Jangan arahkan.

Aku bosan jadi tukang angguk
Setuju tanpa dibenar bicara
Ikut tanpa dibenar menentu
Ingin saja aku muntahkan semua rasa
Bosan dan marah bersatu
Setiap kata otak aku perlu hadam dan terima
Mulut dikerah diam
Fikir dikerah henti
Diri dikerah terima


Hingga satu tahap, otak dan kata sama tepu!

2 comments:

me,myself,i,mine said...

betul kak.
sampai satu tahap,
saya rasa seperti hamba.
sampai saya lali, saya tepu.
bila berkata begitu,
lagi dimarah.
maka, saya semakin tepu.

Miss Bieb said...

me,myself,i,mine > Samalah kita, cyg. Kadang-kadang bila kerap diarah itu ini dan tak berpeluang bt kptsn sndri, bt kta jd stres. Sangat-sangat stres. Haih!