Tuesday, October 16, 2012

Kartun

Saya suka kartun!

Sailormoon, Doraemon, Detektif Conan, Donald Duck dan Upin Ipin adalah antara beberapa karektor kartun yang sangat saya minati.

"Dengan kekuasaan bulan, akan menghukum mu!"
Satu hari, semasa menjadi Pengawas PMR, saya memberikan arahan kepada pelajar supaya tidak membawa barang larangan ke dalam dewan peperiksaan.

Dalam keadaan demam, selesema, dan awal pagi yang hening, saya mengeluarkan suara kartun yang sangat comel! Malu tahu! Pelajar-pelajar tersenyum sumbing. Saya buat tak tahu. Saya berusaha berdehem untuk mengembalikan keayuan suara saya. Dalam 1-2 minit juga lah untuk 'kembali normal'. Adoi!

Bayangkan suara Sailormoon ketika beraksi menentang lawan, begitulah suara saya ketika itu. Saya terpaksa buat muka garang untuk mengelakkan pelajar ketawa. Walaupun saya tahu muka saya tetap takkan jadi garang di mata mereka.

Seronok menjadi Pengawas PMR di sekolah tersebut. Sehinggakan pelajar-pelajar di sana meminta saya mengawasi bilik peperiksaan mereka sahaja.

"Cikgu, kami nak Cikgu Siti Habibah je yang jaga kami. Dia lembut je. Tak garang," kata seorang pelajar kepada salah seorang guru senior. Saya? Kembang sampai rasa nak terbang. Wahahaha. *Heip! Jangan muntah! Saya memang lemah lembut. Bahahaha. :p

*Sebenarnya saya garang, lah! Tapi garang bertempat. Bila awak gangster, saya akan jadi lebih gangster dari awak. Tapi, kalau awak baik, saya akan layan awak dengan baik juga. (^__^)

2 comments:

UniMeOw said...

halamak,,kalo uni maw gelabah jugak la bila suara jd mcm sailormon..hik3...

Miss Bieb said...

UniMeOw > Kannn. Akak gelabah jugak. Tapi buat-buat cool. Padahal muka dah merah tahan malu. Sailormoon pun sailormoon lah. Comel apa! Wahaha! :D