Saya mahu tutup blog ini. Mungkin sedikit masa nanti.
Kenapa?
Sebab blog ini ada banyak memori lama yang ingin saya lupakan.
Saya akan menulis di blog lain.
Tentang puisi. Tentang cinta. Tentang suami. Tentang hidup. Tentang apa sahaja.
Link blog baru akan saya tuliskan pada Facebook saya, mungkin.
SELAMAT TINGGAL, CERITA LAMA!
Wednesday, April 1, 2015
Sunday, March 8, 2015
Cinta halal
Sebelum ini saya tidak mempercayai cinta. Serius. Tapi memang sejujurnya pernah ada teman lelaki dan pernah bercinta sebelum bernikah. Cuma, dulu saya tidak percaya wujudnya cinta sejati. Lelaki dan cinta sejati? Ah, lucu! Gandingan yang serba tidak kena pada pendapat saya dulu. Itu dulu. Saya akui kemanisan percintaan sebelum nikah semuanya tipu daya dunia. Tidak indah pun. Cinta yang halal mengatasi cinta sebelumnya.
Selepas berkahwin, Allahuakbar! Indahnya. Tuhan kurniakan saya seorang insan yang sangat penyayang. Menjadi sahabat untuk berkongsi cerita. Menjadi teman berkongsi ketawa. Menjadi bodyguard melindungi setiap masa. Dengannya saya rasa sangat disayangi dan selamat.
Yang menariknya, suami saya banyak mengajar saya tentang agama. Menjaga solat terutamanya. Biasanya pada hari Khamis, malam Jumaat, kami akan membaca Yassin. Jika berkesempatan, kami akan membacanya bersama-sama, malah solat berjemaah bersama. Malah, suami saya akan menegur saya sekiranya melihat tingkah laku yang tidak kena atau tidak elok. Contohnya, sekiranya saya termengumpat sesiapa, suami akan menyedarkan. Sekiranya saya bad mood tak kena masa, suami akan beri teguran. MasyaAllah. Betapa saya memerlukan bimbingan menuju syurga, dan suami saya banyak membantu. Pengalaman yang sangat menarik.
Kenapa tiba-tiba saya coretkan ini? Mungkin kerana saya mahu menyedarkan diri saya sendiri dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini bahawa pernikahan itu sangat indah. Jika kita berasakan percintaan sebelum bernikah itu sangat mengasyikkan, percayalah, itu semua tipu daya syaitan. Cinta berdasarkan nafsu bukan sahaja mendatangkan dosa, bahkan mudarat buat diri sendiri. Jauhilah cinta sebegitu.
Sekiranya kita mempunyai perasaan cinta terhadap orang lain, dan sekiranya kita belum bernikah, maka segeralah berusaha mempercepatkan nikah. Jadilah yang halal kepada pasangan kita. Yang paling utama bukanlah cinta manusia. Tetapi cinta Tuhan. Bagaimana kita mahu mendapatkan cinta Tuhan andai kita melakukan kemungkaran dan kemaksiatan? Insaflah. Pintu taubat masih terbuka. Kita sama-sama berubah dan perbaiki diri.
Sejak berkahwin, sekalipun susah dan senang, saya melihat rahmat kasih sayang Tuhan. Ketika sakit, suami setia di sisi. Ketika lemah, suami sentiasa menjadi pelindung. Ketika penat, suami sentiasa membantu. Ketika suka, suami menemani untuk ketawa. Ketika gembira, suami turut bersama. Allahuakbar! Besarnya nikmat perkahwinan.
Kita perlu mencari yang halal. Janganlah beranggapan perkahwinan akan menyusahkan. Percayalah bahawa perkahwinan akan membuka pintu rezeki kita dari segenap penjuru malah dari arah yang mungkin kita tidak pernah sangka.
Jadilah yang halal! Tinggalkan dosa! Tinggalkan maksiat! Kejarlah rahmat kasih sayang Tuhan!

Saturday, January 31, 2015
Hidup untuk bahagia
Lama jejari tidak menari
Menulis sesuatu buat melampias semua rasa hati
Banyak yang ingin aku coretkan
Tentang cinta dan impian
Tentang sayang dan harapan
Hidup ini sebuah pelajaran
Yang pahit usah ditangiskan
Yang manis usah diriakkan
Kita cuma hamba di bumi Tuhan.
Hiduplah untuk hari ini dan esok
Kerana hidup bukan untuk diratapi
Tetapi untuk dijalani dan dihargai
Siapapun kita di masa lalu
Apapun cerita sebalik semua yang berlaku
Aturan alam mengajar bahawa...
dengan pengalaman kita membina kehidupan
Maka,
Hiduplah untuk bahagia.

Tuesday, November 5, 2013
Majlis Persandingan
Majlis persandingan diadakan selepas majlis pernikahan. Sepanjang majlis persandingan, saya dan suami mengenakan 4 pasang baju.
Semoga hubungan ini kekal bahagia selamanya. Semoga rumahtangga ini sentiasa harmoni. :)
Majlis Khatam Quran
Majlis Khatam Quran ini diadakan mengikut adat istiadat Bugis. Saya mengenakan pakaian suku kaum Melayu Bugis semasa majlis ini. Kumpulan 'Pagendrang' atau Gendang Bugis turut dijemput untuk memeriahkan suasana menyambut majlis pernikahan/persandingan yang diadakan pada keesokan hari.
Bersambung...
Pre-wedding / Pra-perkahwinan
Ini antara gambar-gambar pre-wedding atau pra-perkahwinan saya. Untuk tatapan semua. :)
Bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)