Saturday, January 31, 2015

Hidup untuk bahagia

Lama jejari tidak menari
Menulis sesuatu buat melampias semua rasa hati

Banyak yang ingin aku coretkan
Tentang cinta dan impian
Tentang sayang dan harapan
Hidup ini sebuah pelajaran
Yang pahit usah ditangiskan
Yang manis usah diriakkan
Kita cuma hamba di bumi Tuhan.

Hiduplah untuk hari ini dan esok
Kerana hidup bukan untuk diratapi
Tetapi untuk dijalani dan dihargai

Siapapun kita di masa lalu
Apapun cerita sebalik semua yang berlaku
Aturan alam mengajar bahawa...
dengan pengalaman kita membina kehidupan

Maka,
Hiduplah untuk bahagia.

No comments: