Friday, February 5, 2010

Berlalulah masa...

Jumaat sudah bertandang

Sabtu akan tiba

Dan Ahad yang tiada apa-apa

Berlalulah masa

Agar aku bisa menemui dia

Walau mungkin dia semakin lupa

Pada aku yang selalu jauh di mata

Doaku semoga dia bahagia

Itu mencukupi buat aku dikejauhan ini.

2 comments:

Anonymous said...

dalam retorik bahasa yang berbaris - baris kamu, ada terselit rasa.

mengharap? mungkin. ;)

Miss Bieb said...

mindamind : kamu menduga rasa yang terselit dalam retorik ini? retorik bahasa mungkin sekadar susunan kata.

mengharap? pengharapan adalah satu kemestian. berharaplah pada kehidupan yang membahagiakan.

terima kasih sudi bertandang ke blog ni. :)