Monday, February 22, 2010

Duit besar!


Teringat kisah zaman kanak-kanak. Suatu hari, emak saya menghulurkan duit belanja sekolah RM1. Untuk abang pulak, 50 sen. Kenapa berbeza? Saya pun tak pasti kenapa.

Kemudian saya menangis, merengek. Emak hairan.

"Mak! Tak aci! Napa abang dapat duit besar saya dapat duit kecik??!"

Masa tu emak berikan saya duit syiling RM1 (yang emas tuuu..). Abang pulak dapat duit syiling 5o sen yang besar saiznya berbanding duit syiling RM1.

"La...1 ringgit banyak. 50 sen sikit je..." pujuk emak.

"Tak nak! Tak nak! Nak duit besar jugak!"

Si abang tersenyum. "Nah! Ambik 50 sen ni. Mintak 1 ringgit tu. Ish! Tu pun nak nangis."

Saya tersenyum. Gembira. Walaupun sebenarnya saya telah ditipu. Huh!

Duit besar..duit besar...

Apa ada pada saiz.

2 comments:

M.LOQMAN HAKIM said...

salam..saya kini dah menjadi sebahagian ahli keluarga kelab debat upsi..he3..harap diberi tunjuk ajar..

srikandi_kasih said...

M.LOQMAN HAKIM : InsyaALLAH..Semoga menjadi pendebat yang disegani kelak. Usaha tangga kejayaan! :)