Tuesday, February 16, 2010

Berbahasa sebaiknya

Tulisan ini saya peroleh daripada sebuah blog yang ditulis oleh seorang guru Bahasa Melayu. Cikgu Norhairie Nordin.


Mari berbahasa sebaiknya.
Pada kita bahasa itu jiwa bangsa.
Tapi tahukah anda maksud sebenar kata-ata itu.
Maksudnya, bahasa (komunikasi) itu menunjukkan kita ini dari keturunan bagaimana. Dalam konteks psikologi, ianya bermaksud jika kita berkomunikasi, secara terus menunjukkan apa trait peribadi di warisi oleh anda dari keturunan (keluarga) anda.

Mari kita berbahasa, sebaiknya.
Jika bahasa anda buruk, keturunan anda juga buruk.
Malah, bangsa yang di lambangkan sebagai keturunan itu, merujuk kepada peribadi ibu bapa anda jua. Anda sebenarnya menconteng arang di muka mereka, kerana bahasa.

Marilah kita berbahasa sebaiknya. Sopanlah dalam bahasa, tak sedikitpun anda rugi, kerana bahasa anda, merujuk pada peribadi anda.

Mari berbahasa sebaiknya.

No comments: