Monday, April 12, 2010

Amoi kepoh

Hari ini saya ditugaskan mengganti Kak Zura. Cikgu GSTT yang baru keguguran dan mengambil cuti sakit. Saya pula dikehendaki menggantikan beliau. Relief.

Masuk ke kelas Peralihan Efisyen. Majoriti pelajar Cina dan sebilangan kecil India. Saya menjangkakan lebih mudah menjaga pelajar-pelajar kecil ini. Sangkaan saya meleset. Pelajar perempuan (berbangsa Cina) kelas ini sangat tidak terkawal. Pelajar lelaki lebih mudah dikawal.

Saya menjaga pelajar lelaki dengan hanya menghayunkan rotan ke arah mereka. (Sekadar menakutkan mereka). Sedangkan pelajar perempuan langsung tak makan saman. Mungkin mereka tahu pelajar perempuan takkan dirotan walau apa sahaja kesalahan.

Rotan 'enjoy' saya tunjukkan pada pelajar lelaki. Mereka diam dan segera duduk di tempat masing-masing.

Pelajar perempuan terus bising seperti Minah Kepoh yang baru kehilangan laki. Geram. Apa yang saya lakukan? Hanya mampu berdiri berhampiran mereka dan memarahi perlakuan mereka. Ikutkan rasa marah, mahu sahaja saya hayunkan rotan 'enjoy' saya ke punggung amoi-amoi bermulut kepoh ini.

*Percayalah. Tugas guru sangat mencabar.

No comments: