Tuesday, April 13, 2010

Saya bukan tunggul!

Semalam saya memarahi pelajar kelas 2C.

Hanya disebabkan kerenah beberapa orang pelajar, saya hamburkan kemarahan kepada seluruh pelajar kelas.

Hei! Saya kerap marah sejak kebelakangan ini. Itu fakta. Hampir setiap hari, ada sahaja pelajar yang menjadi sasaran kemarahan saya. Tapi saya marah pun akibat kenakalan tahap gaban mereka.

"Hari ini kita belajar tentang kata praklausa. bla...bla...bla..."

"Kelas tolong senyap sikit. Bila cikgu bercakap di hadapan, kamu tolong bagi perhatian."

Saya menyambung pengajaran dan tiba-tiba...

"Kamu ingat saya tunggul berdiri kat depan, kamu bersembang kat belakang! Dah pandai sangat? Baru tingkatan dua jangan berlagak sangat!"

"Saya berdiri depan ni nak mengajar kamu! Bukan nak marah! Kamu buat saya takde mood nak masuk kelas ni!"

bla...bla...bla...

Entah apa lagi kata-kata yang saya hamburkan saat itu.

Saya kecewa. Tu saja. Kecewa sebab ada kelompok pelajar yang mengambil kesempatan dengan kebaikan saya selama ni. Sebelum ni saya jadikan mereka kawan. Bersembang, berkongsi cerita. Dan sekali sekala melayan kenakalan mereka. Saya faham sebab saya pun pernah melalui zaman persekolahan seperti mereka.

Tapi, bila kebaikan saya disalah guna, memang meletup la jawabnya. Tapi saya sedar jugak, hormon marah saya terlalu banyak dan tidak terkawal kebelakangan ini.

Saya memerlukan masa. Untuk mengembalikan mood saya.

*p/s : pelajar2 yang bising tu, berbangsa Cina. Yang Melayu ok je. (saya bukan racist..ho3..buktinya, saya sayang semua pelajar saya tanpa mengira bangsa, Melayu, Cina, India, sama sahaja.)

No comments: