Monday, May 3, 2010

Rusuk kiri dan lelaki...

Memang fitrah lelaki (baca : salah satunya) adalah untuk melindungi wanita. Wanita dicipta dari rusuk kiri lelaki, berhampiran lengan untuk dilindungi, dekat dengan hati untuk disayangi.

Saya sering terdengar, terbaca pelbagai pandangan dan artikel berkaitan sifat lelaki sebagai pelindung kepada wanita.

Ada yang menyatakan, maksud ciuman atau kucupan lelaki pada dahi wanita adalah sebagai tanda melindungi (so sweet~). Lihat sahaja usai majlis akad nikah, si suami akan mengucup dahi isteri. Mungkin itulah simbolik bahawa lelaki tersebut akan menjadi pelindung dan menjaga wanita tersebut.

Bertuahnya seorang wanita yang memperoleh cinta dari lelaki yang benar-benar ikhlas menjaga dan menemaninya menempuh kehidupan. Betapa indahnya tatkala seorang lelaki menjadi pendamping hidup yang setia. Sedikit pun hatinya tidak terpaut pada wanita lain selain si isteri. Setiap cabaran cuba diharungi, takkan rela melihat wanita yang disayangi merasai kesusahan dan sengsara.

Istimewanya lelaki kerana mereka mempunyai 9 akal dan 1 nafsu (kata ramai orang). Akal inilah yang diguna untuk membimbing wanita yang nyata mempunyai kelemahan tersendiri. Istimewa lelaki tatkala mempunyai sifat sabar yang tinggi. Tidak melakukan segalanya berlandaskan kepada marah dan nafsu.

Kuasa talak juga terletak pada lelaki. Kata sesetengah orang, sekiranya kuasa talak diberikan pada wanita, maka perceraian akan berlaku setiap bulan, setiap masa tatkala wanita marah, lebih2 lagi ketika 'bulan mengambang'.

Apa yang ingin saya coretkan? Sekadar menyatakan dan mengingatkan kembali akan fitrah lelaki untuk melindungi wanita. Pada sesiapa yang terpesong dan tidak lagi mengikut fitrah ini, kembalilah berfikir dan menginsafi. Kadangkala terasa ngeri melihat laporan demi laporan berkaitan suami bunuh isteri, suami simbah asid pada isteri, suami dera isteri, dan lain-lain lagi.

Semoga para lelaki akan lebih bertanggungjawab dan kembali merenung akan fungsi dan tugas mereka sebagai ketua dan pemimpin kepada wanita. Wanita bukan hamba. Tetapi isteri, teman, rakan dan cerminan pada diri suami sendiri.

Kata teman saya, kalau satu hari nanti isterinya menjadi gemuk dan tidak cantik, dia tidak akan menyalahkan wanita itu, melainkan menyalahkan dirinya sendiri yang tidak pandai menjaga isteri agar kekal cantik dan langsing.. *wink* hehe.. Saya setuju~ Kalau nak isteri kekal cantik dan langsing, bagilah duit lebih sikit untuk ke salon, pusat kecantikan, spa, dll...hu3..


*Saya baru sahaja menonton filem Iron Man 2. Filem ni sangat menarik, berbaloi mengeluarkan duit untuk menonton filem ini.

2 comments:

Anonymous said...

alangkah indah nye klu dpt insan yg betul2 jujur tok jd isteri yg jujur...amin...

Miss Bieb said...

Yep. Sangat indah juga jika memperoleh suami yang betul2 jujur untuk jadi suami yg jujur.