Friday, June 18, 2010

4 tahun...

4 tahun bergelar mahasiswa.

Tahun pertama, masih mentah dengan sepak terajang dunia. Sekadar berusaha menempatkan diri, tak mahu dipandang rendah. Memasang tekad untuk berjaya.

Tahun kedua, akhirnya serasi. Berjaya memecah kebuntuan sendiri. Saya mula yakin untuk bergelar srikandi.

Tahun ketiga, saya tidak berputus asa. Pelbagai cabaran menimpa. Tetap diharungi dengan tabah.

Tahun keempat, langkah takkan terhenti. Walau cabaran tak putus menguji.

4 tahun yang bermakna. Penuh aneka warna. Penuh suka duka. Semuanya kini menjadi sejarah.

ALHAMDULILLAH. Keputusan praktikal, sangat melegakan hati. Huruf igauan menjadi realiti. A digenggam kini. Dan CGPA menjadi saksi, saya akan bergraduasi dengan Ijazah Kelas Pertama nanti. ALHAMDULILLAH.

Benar. Dugaan bukan mudah untuk diharungi. Kalau tiada ketabahan hati, sesiapapun boleh tersungkur di medan sendiri. Terima kasih buat yang sentiasa di sisi. Susah senang tak pernah menjauhi. Malah sabar melayan diri. Terima kasih. :')

Terima kasih ~ Mak, ayah, keluarga, guru2, pensyarah2, rakan2 dan semua.

7 comments:

Cahaya Mataku said...

Tahniah Kak Bib!
You really deserves it!
Alhamdulillah...

Semoga terus menggapai kejayaan :)

Ezairy said...

tahniah ya...1st class tu:)sy ni msh lg mnunggu baki2 minggu prktikal:)

srikandi_kasih said...

Nora : ALHAMDULILLAH.Thanks, Nora. ;) Belajar rajin2 ye..semoga Nora berjaya dunia dn akhirat. ;)

Ezairy : Thanks, Ezairy. :) Semoga dapat menjalani praktikal dengan baik. Semoga dapat result yg cemerlang juga. Chaiyok! ;)

MENJEJAK DEWASA~ said...

congratz!!!
sgt bangga~
moga kak Bib akan terus berjaya dalam segenap lapangan yang diceburi!!...

Awangku said...

bib tahniah ya..

MENJEJAK DEWASA~ said...

congratz!!
sgt bangga~
moga kak bib berjaya dalam segenap lapangan yang diceburi....

srikandi_kasih said...

Amir : Thanks, Amir..Semoga Amir pun berjaya, dunia akhirat. InsyaALLAH. :)

Awangku : Thanks, AK. Tahniah utk ko jgk.