Aku mahu membunuh mu
Kerana kau mengganggu
Tidur, makan dan waras ku
Walau bukan setiap ketika
Tapi ada masanya kau bisa menjemput jengkel ku
Aku mahu memeluk mu
Erat. Tak mahu lepas, walau sesaat
Kerana kau mendamaikan
Hati, jiwa dan rasa ku
Walau bukan setiap ketika
Tapi ku yakini nadi mu selalu menyebut nama ku
Kau bisa sahaja menjadi racun dan penawar
Dalam satu masa yang sama
Pada detik yang berbeza
Berikan sahaja aku cinta
Biar aku hidup senyum sahaja
Jangan berikan aku benci
Kerananya aku mati dan sepi
Aku raikan cinta buat kita
Walau siang kau tiada
Dan malam kau masih sama
Aku terbaring sendiri
Kau biarkan tanpa mengerti
Aku relakan sahaja
Memujuk hati biar cuba gagahi
Kau jangan pergi jauh
Aku tak mampu mengejar
Kau jangan terlalu dekat
Aku takut terluka
Biar ku simpan potret mu pada dinding yang tinggi
Walau tidak tersentuh, tapi akan kekal di situ
Sekurang-kurangnya aku hargai setiap lakaran di wajah mu
Kerana hanya jemari ku yang menyentuh setiap inci nya
Dan kau tahu itu.
No comments:
Post a Comment