Tuesday, July 13, 2010

Aku selalu ada

Bila jauh,
Lihatlah bintang bertaburan di langit malam
Kerana cinta ku bertebaran sepertinya
Tidak terhitung.

Bila rindu,
Sebut nama ku, berulang
Dan aku pasti singgah dalam lena mu
Pasti.

Bila sakit,
Ingatlah aku turut merasa
Setiap bisa yang kau derita
Benar.

Bila sepi,
Dengarkan lagu-lagu cinta ku
Kerana getaran denyut nadi ku sama
Untukmu.

Bila kau rasa seluruh dunia menjauhi mu,
Ingatlah, aku masih setia di sini
Aku takkan berjalan di hadapan mu; membiar kau tak ditemani
Aku takkan berjalan di belakang mu; membiar kau sendiri
Aku akan sentiasa di sisi mu; dekat dengan mu
Kerana
Aku sayang kamu! Sungguh!

Dan aku selalu ada buat kamu!

No comments: