Monday, July 12, 2010

Bodoh dalam nyata

Bila akal sudah tiada
Pertimbangan hilang, pedoman entah ke mana
Dan kita saling meraba
Dalam gelita dan dalam nyata

Hakikatnya kita buta dalam celik
Bisu dalam petah
Dan setiap denyut nadi getarnya sudah berbeza

Lihatlah!
Wajah menjelek penuh dusta
Dunia tertipu pada lenggok dan rayu
Manusia bodoh yang dungu terus alpa tanpa sedar!
Hanya melihat dengan mata, lupa pada hati
Andai sahaja keseronokan kau cari
Esok kau pasti mati
Itu pasti!

Di penjuru ini
Masih menjadi pemerhati
Melihat kebodohan yang dicipta
Nyata ada manusia mahukan bodoh yang dibayar dengan detik dan harta
Kebobrokan sudah ada di mana-mana
Tanpa limitasi ruang dan masa
Kerana dalam bijak, ternyata bodoh terselit jua
Lebih bodoh kerana kita merelakan segala!

No comments: