Tuesday, July 13, 2010

Bahagia buat mu

Kaseh,
Aku mengerti derita kau rasa
Dalam ketawa terselit duka
Cerita yang kau cuba simpan jadi rahsia
Memendam sebuah amarah dan kecewa
Pada cinta yang pudar serinya.

Aku tahu cinta pedih terasa
Hebahkan saja pada dunia
Biar mereka tahu
Kau juga punya rasa
Kau juga berhak untuk bahagia
Sekalipun mereka ketawa
Kau tidak rugi apa-apa
Kerana kau sangat berharga

Aku tahu lara yang kau pendam
Dalam jiwa yang remuk redam
Menanti dalam cahaya kelam
Dan dia membiar kau di lorong yang berbalam
Teruskan langkah walau perit kau hadam
Walau dihantui kisah semalam.

Aku tahu perit yang kau rasa
Tatkala impian bertebaran
Tatkala sandaran hilang dari pandangan
Tatkala cinta jadi mainan
Tatkala sayang tinggal kenangan

Tapi aku percaya
Kau tabah
Bukan sedikit ujian sebelumnya
Semua kau gagahi, walau adakala air mata menemani
Doaku moga kau lebih gembira dari sebelumnya
Hati mu bukan untuk disakiti
Melainkan untuk disayangi
Kisah semalam adalah pengajaran
Bukan satu kekesalan
Kerana kisah baru mu lebih bermakna
Moga kisah bernokhtah bahagia.

2 comments:

kAseh Abdul Aziz said...

bib..thanks. aku nangis weh baca bnda ni...sedih sgt. thanks ye. ada jgk org yg fkr aku ni kuat. oh yeah! hahaha..

thanks bib..

Miss Bieb said...

Ko mmg kuat pn..Buktinya ko dh btahan lama...Tapi takdir Tuhan penentu segalanya. Apapun, semoga berjaya kali ni. =)

I will always be there for you, whenever you need someone to talk too!

Be happy, my dear friend! =)