Saturday, July 24, 2010

Hari baru

Ku renung laut bergelora
Sambil membuang jauh segala lara
Yang pernah ku pendam dan hadam
Di sudut hati yang paling dalam.

Bila daya terasa lemah
Bila kasih terasa menyisih
Bila kudrat terasa penat
Bila hati terasa disakiti
Alam ini seakan mengerti
Laut turut sama menangisi
Akan setiap rasa yang ku rasai.

Hari ini istimewa. Aku tahu.
Bermakna buat aku dan kamu.
Hari ini berharga. Aku mengerti.

Masa pernah terhenti seketika
Laut pernah memisah jasad dan jiwa
Namun hati, masih bertaut
Tapi, selamanya atau bagaimana?
Itu bergantung pada pilihan dan rencana
Kita dan Yang Esa.

Semoga semalam menjadi sejarah
Hari ini menjadi bermakna
Esok lebih baik dari sebelumnya.
Semoga semua baik sahaja.

No comments: