Friday, July 2, 2010

Hujan semalam

Aku mahu bicara sesuatu
Duduk di sebelah mu
Dan berkisah bukan hanya satu, tapi mungkin lebih dari itu
Kerana aku mahu kau tahu
Isi hati ku yang sebelumnya kau anggap beku.

Hujan semalam, rintik
Mujur kita masih boleh mengayun langkah, berdua
Kau buat aku terharu
Ya! Mungkin fikir mu biasa sahaja
Tentang langkah, tentang ketawa dan canda
Tapi bagi aku itu berharga
Sekurang-kurangnya untuk aku kenang bila tiada.

No comments: