Monday, September 6, 2010

Dia 2

Ahh..dia sudah datang!

Tapi mengapa wajahnya mencuka? Bukankah aku yang telah menunggunya lama di lorong ini? Aku gelisah. Musibah apa pula kali ini? Tidak cukupkah dugaan menunggunya sekian lama? Sehingga jasad terasa lemah, kaki tidak terpijak di bumi nyata. Sungguh aku gelisah. Jangan ada musibah lagi.

Aku memerhatinya. Dari jauh. Dia belum sampai kepadaku. Ku kerling tangannya. Mana bunga mawar merah? Benarkah dia lupa pada janji? Jantung terus berdegup kencang. Kian menyesakkan bila degupannya tidak keruan. Ah! Ada sakit yang menjengah.

Wajahnya sudah cukup menimbulkan tanda tanya. Begitukah lagaknya ingin berjumpa aku; cinta hatinya. Katanya. Begitu? Mawar merah tiada. Tangannya tersembunyi di sebalik kocek seluarnya. Lagaknya tidak ubah seperti lelaki yang angkuh. Diselit pula dengan wajah mencuka yang entah apa maksudnya.

Dia makin menghampiri. Aku terus memandang. Berkedip cuma sekali dua. Di hati penuh tanda tanya. Dia mencuka. Dan aku gelisah. Ya! Ada musibah; mungkin.

2 comments:

Awangku said...

ooo muka yang mencuka....
blh wat demo ke wat muka mencuka tu..
hehehehehe

bib mai la jd followers Blog aku..

srikandi_kasih said...

AK > Demo? Ko try makan cuka..pastu ko tgk muka ko kt cermin..hihihi..

jd followers blog? Ok. ^_^