Friday, September 24, 2010

Kelam sudah terang

Senyum...senyum...senyum...
Hari ini aku cuma mahu tersenyum...
Bukan 'ter'...tapi mahu senyum sahaja
Eh! Bukan gila. Cuma mahu berkata pada dunia, aku gembira
Mahu ketawa tidak bisa, bimbang pecah berdekah, hilang santun yang dijaga,
Maka aku senyum sahaja, menterjemah rasa suka.

Pernah suatu ketika, dijengah gemawan hitam
Melintas membawa kelam
Dan aku melangkah suram
Dalam hati berdoa, jangan rintik sebelum aku teduh
Jangan lecak sebelum destinasi pasti
Ahhh...awan hitam tetap mendekati
Lebih teruk lagi, aku dihujani
Sedih. Hujan bercampur airmata.

Itu cerita suatu ketika
Semasa nota terbuka pada halaman duka
Hari ini aku disinari cahaya
Yang hitam suatu masa, kini sudah berubah warna
Yang mendung bertukar wajah
Dan aku lega. Doa ku sampai ke petala tujuh.
Terima kasih, Tuhan.

No comments: