Wednesday, September 22, 2010

Uraikan

Menjadi tidak berguna, bukan satu pilihan
Tatkala musibah melanda
Dan kau cuma boleh membuang liur
Atau sesekali menuang fikir
Yang tidak mengubah walau sezarah.

Ada rasa yang mampir; kesal, kecewa dan sesekali celaru
Fikir dan laku selalu begitu- Bukan! Bukan selalu! Tapi pernah begitu
Ahhh! Masa begini juga masih mahu membenar segalanya bertelingkah.

Buatlah apa sahaja; hakikatnya pada ketika dan saat itu
Kau tidak berguna; pada jasad atau pada apa-apa (walau hanya pada saat itu)
Kerana yang mampu cuma melihat atau mungkin menebak punca
Dan sesekali mencuba mengarah benak memikir
Pada setiap sudut musibah
Yang terlingkar namun masih tidak terbongkar.

Ikatan dan sekatan; biar teruraikan
Semoga dua menjadi satu
Bukan satu menjadi dua; pada arah yang berbeza.

No comments: