Thursday, January 13, 2011

Biasa

Kisah kita kisah biasa
Aku biasa, kau pun sama
Tiada yang tinggi
Tiada yang rendah
Kita biasa-biasa

Aku gadis biasa
Boleh ketawa, merengek pun sama
Kadang menangis tiba-tiba

Kau juga biasa
Boleh serius, boleh suka-suka
Kadang diam dan buat muka

Kita biasa-biasa
Aku biasa
Kau pun jua
Tak perlu susah-susah
Mahu jadi orang berbeza
Kita biasa-biasa
Biar biasa asal bahagia.

2 comments:

Liz said...

Liz juga orang biasa,
hari-hari cari ilmu,
terbiasa dididik ibubapa,
jangan jadi pemalu.

Liz datang jumpa orang biasa,
kalau dah biasa sama Liz,
harap-harap perkenalan terbiasa,
biasalah....jgn lupa follow liz.

srikandi_kasih said...

Salam perkenalan, Liz! =)