Tuesday, January 11, 2011

Menyisih kasih

Hati bercempera
Keliru dalam nyata
Antara suka atau duka
Antara rela atau terpaksa

Hati ini gundah
Ada lara yang mampir singgah
Jiwa kian terbelah
Menyiksa mengemis kasih
Pada insan yang menyisih

Cinta itu kurnia
Dari Tuhan buat kita
Lantas mengapa ada sengketa
Memisah dua jiwa
Sungguh aku derita
Ku yakin kau pun sama
Ego membunuh cinta
Yang pernah hadir antara kita
Membuai rasa, menanam suka
Dan kini musnah rasa percaya
Kerana kita kian leka, hanyut dengan dunia.

Kasih
Andai ada ruang biarlah derita disisih
Sungguh aku pedih
Sungguh aku sedih
Andai berpaling darimu kasih.

Ego membunuh cinta
Yang telah kita bina
Andai ini nokhtah
Biarlah ku lenyap dari dunia
Kerana hari ku tiada bermakna
Tanpa kasih yang aku punya.

No comments: