Seribu amarah biar terhambur padamu!
Segunung caci maki terpendam
Biar terhambur sisi gelap yang hitam
Biar terbuka hijab terlindung
Kerana lakonmu tak terbendung!
Hei kamu! Penanam bisa!
Mengapa tak kau benamkan wajahmu?!
Biar tak terlihatkan
Biar tak menyakitkan!
Usah melakar cerita derita
Bimbang kau robek jiwa yang luka
Batas api jangan kau jengah
Bimbang terbakar kau di dalamnya
Jangan kau ragut bukan kau punya!
Jangan kau ganggu dakapan suka!
Sekali ini tertahan amarah
Maka, jangan biar jasadmu dimamah
Dengan nafas yang gila!
No comments:
Post a Comment