Thursday, March 3, 2011

Andartu. Andalusia. Bujang lapok.

Andartu. Anak-dara-tua. Andalusia. Anak-dara-lanjut-usia. Kalau lelaki? Apa ya? Bujang lapok? Kan? Ok. Whatever. Kenapa ada yang tak kahwin-kahwin lagi (pada usia yang sepatutnya dah kahwin)? Why? Why? Mungkin sebab-sebab ni...

1. Terlalu memilih.
Ini faktor yang selalu menjadi penyebab kenapa ramai yang tak kahwin lagi walaupun di usia yang 'agak tua' atau usia 'sepatutnya dah kahwin'. Kenapa memilih sangat? Kita bukan sempurna pun. Kan? Kan? Tapi kadang-kadang bagus jugak sikap memilih ni, kita kenalah pilih betul-betul. Yalah, kahwin sekali kot seumur hidup (Sepupu saya pernah cakap kahwin setahun sekali, gila apa! Ingat hari raya ka setahun sekali..haha.)

2. Trauma/ Fobia.
Mungkin seseorang tu pernah ada sejarah hitam dalam hidupnya. Contohnya, dikecewakan (dengan dahsyatnya), percintaan yang pernah dihalang, pernah diperkosa, dll. Setiap orang mesti ada sejarah hidup sendiri kan? Termasuklah dalam soal cinta. Mungkin masa zaman muda remaja pernah bercinta bagai nak rak, i lap u u lap me, gunung berapi sanggup ku daki (cettt!!!), alih-alih putus di tengah jalan. Walaupun dah berjanji sehidup semati. Walaupun dah bukak akaun ASB bersama untuk kumpul duit kahwin, walaupun macam-macamlah. :P

3. Sengkek/ Tak mampu.
Adehhh. Kesian kan? Tak kahwin sebab tak mampu. But its ok kot. At least dia tau dia tak mampu and bimbang tak dapat membina keluarga yang kukuh (terutama dari aspek ekonomi). Macam mana nak kahwin kalau kedudukan kewangan tak kukuh (terutamanya bagi lelaki). Takkanlah nak lafaz nikah macam ni kot 'aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwinnya RM80 hutangggggggg' Adeh! Gedegang bunyinya!

4. Malu.
Tak kahwin sebab pemalu yang teramat sangat. Contoh macam perempuan yang segan berkawan dengan lelaki, takut keluar rumah, and macam-macam lah. Akhirnya, takda pasangan hidup. Lelaki pun ada jenis yang pemalu macam ni. Tengok perempuan macam tengok hantu. :D

5. Taraf hidup.
Alasan ni biasanya untuk perempuan. Kenapa ada perempuan yang tak kahwin lagi? Sebab belajar tinggi, jawatan tinggi, gaji tinggi, semualah tinggi (walaupun mungkin saiz pendek..opsss..just kidding!). So, ada golongan ni yang tak kahwin-kahwin sama ada sebab diri sendiri merasakan diri mereka sangat best, atau pun lelaki takut mendekati mereka kerana taraf hidup mereka lebih tinggi daripada si lelaki.

6. Kaki enjoy/ Masalah perangai.
Yang ni memang kategori 'kaumemangpatuttakkahwin'. Dalam hidup dia cuma fikir diri sendiri, tak mahukan komitmen, tak dapat tinggalkan zaman enjoy. Ada yang perangai tak nak ubah, kalau dulu buruk, sampai ke tua pun perangai buruk tu dibawak (...parah...parah...). Pagi petang siang malam bukak mata tutup mata memang dia cuma fikirkan diri sendiri. Tak fikir masa depan, fikir jangka pendek je. So, buat apa nak kahwin? (Yekkk! Tak cool pun!).

Masa sekolah dulu, saya pelik tengok orang dewasa yang tak kahwin-kahwin ni (sampai sekarang pun ada yang tak kahwin lagi). Dalam hati terdetik, kenapa diorang ni tak kahwin-kahwin lagi? Nak kata tak cantik, emmm...ok je. Nak kata tak hensem, emmm...xdala buruk pun. Why? Why?

Tapi masa tu just terfikir biasa-biasa je lah. Bila dah dewasa ni (erkkk...dewasa ke? Habutlah!), saya (mungkin) dah semakin faham situasi orang dewasa. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Kahwin bukan semudah melafaz 'Aku terima nikahnya...' tapi tanggungjawab dan cabarannya lebih besar lagi.

So, kita semua janganlah pandang serong pada orang Andartu, Andalusia, atau Bujang Lapok ni. Mereka ada alasan sendiri, ada sebab tersendiri, ada kekangan sendiri. Tak elok mentertawakan, mempersenda atau mengaibkan orang lain. Lagipun siapa yang tak nak kahwin kan? (Kahwin dapat pahala tau!!!) ^_~

Tapi pada golongan yang sebenarnya dah cukup syarat untuk kahwin, tapi tak kahwin-kahwin lagi, usahakanlah ke arah itu. Bukak hati dan berlapang dada. Terima hakikat bahawa kita semua masing-masing memerlukan pasangan dalam hidup untuk saling melengkapi, saling menasihati dan saling membimbing.

Fikirlah masa akan datang. 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun lagi, masa dah tua, siapa nak jaga? Kalau masa tu baru nak kahwin...alamak haiii...Badan dah nak bongkok tiga, anak baru darjah tiga. Azab!

Opsss! Saya pun tak kahwin lagi lah! Adehhh! Pandai je nak tulis pasal entri ni kan? But! But! Saya bukan kategori andartu, andalusia or bujang lapok ya! Semoga kita semua ditemukan dengan jodoh yang baik, yang dapat menyayangi, membimbing dan menerima kita dengan redha.

*Tiba-tiba nak nyanyi lagu "Oh mama, saya mau kahwin!" :P

No comments: