Wednesday, March 2, 2011

Moga tidak terik

Pagi ini indah
Dengan sejuta rasa

Ku kirimkan cinta pada bayu
Mengiring ingatan kepadamu
Ku pandang langit biru
Meresap rasa syahdu
Moga tidak terik, biar nyaman selalu

Walau duga hebat melintang
Walau dunia seakan berperang
Kau hadapi dengan tenang
Kerana kau pahlawan gemilang
Takkan berundur di medan juang.

No comments: