Bangkit dari tidur
Rasa hati berbaur
Dalam pedih, terselit hibur
Ada tawa terukir
Ada tangis yang mampir
Singgah dalam duga yang hadir
Rasa itu indah
Sekalipun dalam gundah
Memberi kuat tika payah
Hujan tak selamanya
Panas bukan setiap masa
Cahaya pasti ada
Yakinlah
Cahaya pasti ada!
2 comments:
salam singgah
apa khabar tuan blog??
mendalam
Imanshah > Tuan blog sihat sahaja. :) Terima kasih sudi singgah! :)
Post a Comment