Wednesday, March 23, 2011

Penggoda! Euwww!

Sudah beberapa hari tidak mencatatkan sesuatu di blog ini. Sibuk? Tidak. Bukan sibuk. Cuma tidak bernafsu untuk menulis. Hari ini terasa ingin mencoretkan sesuatu. Luahan? Mungkin.

Em, apabila lelaki menyatakan cinta, adakah lelaki tersebut benar-benar memaksudkannya atau sekadar 'test market' atau cuma suka-suka mengisi masa terluang? Saya agak sedikit hairan melihat beberapa insan yang begitu mudah menabur perasaan kepada wanita. Seolah-olah cinta itu semudah menjaja sayur di pasar, juallah kepada sesiapa sahaja, asalkan dibeli. Aduh! Murah ya cinta lelaki sebegini!

Pernah seorang lelaki memikat saya, mengaku tidak berpunya, rupanya kekasih ada dua orang! Sangat memualkan! Juga pernah terjadi, seorang lelaki sudah putus cinta, kemudian cuba memikat saya dan dalam masa yang sama turut cuba memikat gadis yang lain. Sangat meloyakan! Ada seorang lelaki pula menceritakan tentang masalah perhubungannya dan kekasihnya, dia mengadu tidak bahagia, dan kekasihnya pula bermasam muka dengan saya! Sangat merimaskan! Pernah juga seorang lelaki yang sudah bergelar suami dan ayah, meluahkan perasaan untuk menjadi teman hidup saya! Sangat memalukan! Itu cerita tentang beberapa lelaki.

Ini cerita tentang beberapa wanita. Saya pernah dihubungi dan didatangi oleh seorang wanita yang mengadu tentang kekasihnya yang cuba memikat wanita lain. Dan wanita lain itu adalah saya! Sejujurnya saya agak kurang selesa apabila dilihat sebagai penggugat/pengganggu/pengacau keharmonian hubungan percintaan orang lain. Ada juga wanita yang pernah 'mengintip' apa yang saya coretkan, apa yang saya lakukan dan perkembangan diri saya. Barangkali bimbang kekasih mereka ada bersama saya atau berhubung dengan saya. Saya sangat tidak gemar dengan keadaan sebegitu.

Pada wanita-wanita, janganlah mudah 'perasan' bila lelaki mengurat/ mengayat kita. Sebab ada lelaki yang saja-saja menggatal, main-main 'test market' dan tak ikhlas pun. Kecualilah lelaki yang betul-betul berniat baik mahu menjadikan kita sebagai teman hidup yang halal. Saya tidak berminat langsung dengan lelaki yang sudah berpunya. Jika ada antara mereka yang 'nakal', itu bukan salah saya. Samalah keadaannya jika ada lelaki lain yang mengganggu hidup kalian, pasti itu bukan kalian yang pinta, bukan? Maka, sama-samalah kita mengelakkan diri dari lelaki berhidung belang sebegini dan peliharalah hubungan masing-masing agar lebih indah dan sejahtera serta diredhai Yang Esa.

Pada sesiapa yang 'meng-add' saya di facebook, berkunjung di blog saya atau menggunakan apa-apa kaedah sekalipun semata-mata kerana hendak menjadi 'spy' terhadap perkara sebegini, satu nasihat saya, 'hentikanlahhh!!!'. Saya takkan 'rampas' atau menggoda kekasih orang. Saya tidak berminat dengan kekasih orang, suami orang, tunang orang dan seumpamanya. Get your own life! Saya bukan penggoda kepada sesiapa! Serius saya sangat tidak selesa apabila dilihat sebagai penggugat/pengganggu/pengacau hubungan orang lain. Saya tidak berminat langsung hendak menjadikan teman hidup orang lain sebagai teman hidup saya. Sekian, terima kasih! Maaf zahir batin!

2 comments:

matul said...

ye2..tak kuasa kan...tettttt dah ade...heheh

srikandi_kasih said...

Matun > Ehem..ehem..tau xpe! Haha.. :D