Tuesday, March 29, 2011

Cinta tiga segi? Siapa punya cinta?

Macam mana kalau saya ambil anak patung awak? Saya peluk erat! Tak mahu lepas! Biarpun itu awak yang punya!

Atau

Saya ambil kek dalam pinggan awak. Kek yang paling sedap! Tiada dua! Itulah yang paling awak mahukan! Sedap! Saya pun mahu! Saya tak peduli walaupun itu awak yang punya! Tekak saya lebih penting daripada tekak awak.

Rasa macam saya ni jahat kan? Tak berhati perut, mungkin.

Itu pada anggapan orang lain. Bagaimana pula kalau anda dalam situasi itu? Situasi 'mengambil' sesuatu kepunyaan orang lain. Bagaimana kalau kita TERjatuh cinta dengan pasangan orang lain? Huh! Parah! Kasihan teman orang itu, kan? Ada tiga hati (atau mungkin lebih) yang biasanya akan terlibat dalam cinta sebegini, iaitu orang yang 'mengambil', orang yang 'diambil' atau berpaling dan orang yang kehilangan.

Orang yang mengambil/perampas

"Awak, kenapa ambil kepunyaan orang? Sanggup awak membenih bahagia atas derita orang lain?"

Baiklah,dari persepsi 'orang yang mengambil' atau sering dilabel 'perampas'. Kita semua tahu, cinta itu tak boleh dipaksa-paksa. Cinta hadir sendiri. Melainkan jika anda memaksa hati untuk mencintai seseorang kerana sebab-sebab tertentu, misalnya memenuhi kehendak keluarga, mencemburukan bekas kekasih, bosan hidup tak berteman, dll.

Mungkin anda tidak sengaja. Meletak cinta pada seseorang yang sudah berpunya. Ya! Benar. Cinta boleh hadir sekelip mata, dan benar juga, cinta boleh pergi bila-bila sahaja. Terpulang pada kita mengemudinya bagaimana.

Tapi, itu bukan alasan untuk kita merampas sesuatu yang bukan milik kita. Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang kehilangan itu. Sakit, bukan? Bayangkan pula andai satu hari nanti perkara yang sama terjadi pada anda? Anda mahu salahkan siapa? Pasangan anda, perampas atau diri anda sendiri?

Sayang-sayang sekalian, kehilangan cinta sangat menyakitkan!

Orang yang berpaling

"Awak! Kenapa sanggup membuang cinta lama dan membina bahagia atas derita orang yang pernah awak sayangi dulu? Kasihan cinta lama awak. Awak pastikah dengan melepaskan dia, awak akan bahagia dengan cinta baru awak?"

Hurmm, mengapa kita sanggup berpaling dari kekasih hati yang pernah kita sayang dan pernah bersama melakar sebahagian sejarah hidup kita? Kenapa? Sekali lagi...cinta tidak boleh dipaksa. Hadir tanpa diduga. Kan? Itu alasan yang selalu diberi.

Orang yang kehilangan/ditinggalkan

"Kasihan, awak! Ya, pasti seluruh dunia akan mengasihani awak yang telah kehilangan cinta kerana si dia sudah berpaling kepada yang lain."

Dari persepsi orang yang kehilangan ini, adakah kita mahu terus bersedih, menangis kerana cinta yang kecundang itu? Fikir semula, mungkin itu berpunca dari salah kita juga. Mungkin kita tidak tahu menjaga hati pasangan. Mungkin kita selalu mengabaikan pasangan kita, dll.

*Gambar sekadar hiasan! :)

Secara mudahnya, setiap pihak perlu faham tentang konsep cinta. Bagi saya, cinta adalah apabila kita sanggup berkongsi segala rasa dan menerima segala situasi bersama serta saling menampung segala kelemahan untuk bersama-sama diperbaiki. Misalnya, saya terima awak (andaikan: bf saya) walau apapun keadaan fizikal awak. Jika seluruh isi dunia meninggalkan awak, saya yang akan setia menemani awak. Itulah cinta!

Dalam konsep cinta tiga segi, saya kira ketiga-tiga hati akan terluka! Cuma bezanya nisbah luka. Mungkin yang kehilanganlah yang paling terluka. Masakan tidak, orang yang disayangi menjauhi diri, cinta kecundang di tengah jalan. Yang mengambil atau merampas, juga akan terluka hatinya. Kerana terpaksa menerima hakikat bahawa teman hidupnya adalah orang yang diambilnya dari orang lain. Mungkin juga menghadam pahit digelar perampas. Yang berpaling, juga akan terluka. Dilabel tidak setia, menghadapi hari dengan kemarahan bekas kekasih, malah mungkin juga tidak tenang buat beberapa ketika dihamburkan dengan pelbagai persoalan dari pelbagai pihak. Tapi pasti kita semua tahu dengan konsep jodoh, kan? Bercintalah selama mana, larilah sehingga ke hujung dunia, andai sudah ditakdirkan jodoh kita dengan sesiapa sekalipun, kita tidak dapat menidakkan takdir.

Semua perlu bermuhasabah. Setiap pihak mungkin ada melakukan kesilapan. Siapapun yang bersalah, kita tetap perlu akur pada qada dan qadar. Sejauh mana pun kita saling menyalah, membenci dan bercakaran atau menuding jari pada sesiapa, tapi kita jangan sesekali lupa, setiap yang berlaku ada sebabnya. Kalaupun tidak ketemu jawapan; kenapa dia pergi, kenapa dia curang, kenapa dia merampas, tetapi yang pasti, janganlah ditanam rasa benci, percayalah bahagia menanti buat kita semua. Bezanya cuma siapa dan bila si dia yang tepat (yang sememangnya tertulis sebagai jodoh kita) akan hadir!

14 comments:

Dear Misya said...

selalunyee bf yg diambil orang..

Miss Bieb said...

Miy sya > Ujian tu. So, jaga perhubungan elok2 yer... Semoga bertemu teman hidup yg baik! Hehe.. :)

emma hamsaari said...

very nice bib! tq yah!mohon dijauhkan jd seorang perampas. nauzubillah. tunggu dgn kesabaran. takdir Allah itu manis bila tiba masanya. :)

emma hamsaari said...

very nice bib! tq yah!mohon dijauhkan jd seorang perampas. nauzubillah. tunggu dgn kesabaran. takdir Allah itu manis bila tiba masanya. :)

emma hamsaari said...

very nice bib! tq yah!mohon dijauhkan jd seorang perampas. nauzubillah. tunggu dgn kesabaran. takdir Allah itu manis bila tiba masanya. :)

Miss Bieb said...

Emma > Usah lari dari takdir. Sebab kita tak dapat lari dari itu. Segala apa yg tertulis dan terjadi, pasti ada hikmah. Andai sudah jodoh, sesiapapun tidak dapat lari atau menidakkan. Jodoh pasti ada. Yang tepat pasti hadir. Andai sudah tersurat si dia jodoh kita, maka apa daya kann..Terimalah dengan terbuka dan hati yang redha. :)

Anonymous said...

tp saye de 1 crite..Ali xtau Ayu dah ade Abu..lame2 cinte berputik antare ALi dan AYu..sedang2 bahgie, Abu muncul serang Ali..Ali xtau pe2 dan mintak penjelasan dr Ayu..sekarang Ali dah tau keadaan sebena dan suruh Ayu wat keputusan tok pilih siape..Ayu pilih Ali..sudah berbulan2 Ali dan Ayu bahgie tp disebbkan jarak antare Ali dan Ayu jauh...AYu mule rapat semule dgn Abu sedangkan Abu tau yg AYu dlm hubungn dgn Ali..Ayu menyembunyikan keakraban die bersame Abu dr pengetahuan Ali...siape kah yg salah dlm hal nie?adakah Ali perampas?

Miss Bieb said...

Bagi pendapat saya, dalam kisah yang awak bagitahu ni, Ali, Abu mahupun Ayu sama-sama bersalah. Masing-masing melakukan kesilapan, kerana masing-masing keliru atau tidak tahu pilihan hati yang sebenar.

Anonymous said...

dan tok jln penyelesaian?any idea?

Anonymous said...

so jln penyelesaian?any idea?

Miss Bieb said...

Penyelesaiannya, muhasabah diri masing-masing. Berdoa pada Tuhan, mintak diberikan petunjuk. Akur dengan takdir dan apapun yang bakal terjadi. Tidak perlu saling menyalahkan.

daiaziz said...

ok sdey la entry ni...hmmm... kdg2 dunia ni xadil.

Miss Bieb said...

Dayah Aziz > Adakalanya kita sering beranggapan dunia ini tidak pernah adil, tp kita terlupa memikir tentang hikmah. Bersabarlah apapun yg terjadi. :)

Sal Ahmad said...

gud writing dear.. mohon utk share wif my fren d fb ya!!