Monday, March 14, 2011

Metroseksual vs Uberseksual

Pernah dengar tak lelaki metroseksual? Atau lelaki uberseksual? Kedua-duanya berbeza. Pada yang tak tahu apa itu metroseksual dan uberseksual, ciri-ciri bagi kedua-duanya ialah;


Lelaki Metroseksual

Lelaki jenis ini sangat bersemangat dalam soal penjagaan diri, kebersihan dan kesihatan tubuh. Mereka agak obses dengan hal-hal yang biasanya hanya dipentingkan oleh golongan wanita seperti masalah jerawat, rambut gugur dan sebagainya. Lelaki ini melayan dan menghormati wanita sama rata. Lelaki jenis ini adalah seorang yang sering bertindak mengikut emosi tanpa usul periksa serta banyak melaburkan duit untuk hal-hal menjaga imej dan gaya. Mereka ini sangat obses pada diri sendiri.


Lelaki Uberseksual

Lelaki uberseksual pula bersemangat dalam hal prinsip. Masanya lebih banyak dihabiskan untuk memikirkan cara untuk meningkatkan kehidupan. Seperti lelaki metroseksual, lelaki uberseksual juga melayan dan menghormati wanita sama rata, tapi mereka juga menganggap lelaki dan wanita sebagai kawan baik. Uberseksual membentuk imej melalui pengalaman dari merantau, seni dan budaya serta tidak obses kepada diri sendiri. Mereka tahu membezakan baik dan buruk. Sekalipun tidak obses tentang penjagaan diri, lelaki ini mempunyai maskuliniti yang tinggi. Pemikiran mereka lebih ditumpukan kepada soal masa depan, bisnes, politik dan hal ehwal dunia. Wang mereka bukan untuk soal imej dan gaya, sebaliknya dilaburkan untuk strategi perniagaan.

*Kedua-dua golongan ini sangat berbeza. Menarik itu subjektif, mungkin menarik pada saya, tidak menarik pada anda dan begitu juga sebaliknya. Pada saya, yang menjadikan kita menarik bukan pada fizikal dan kecantikan, sebaliknya pada pemikiran, sikap dan hati. :)

7 comments:

Anonymous said...

Ada beberapa kenalan yg mempunyai sifat-sifat ini :)

Miss Bieb said...

Mus > Mesti Mus dah tahu mereka golongan yg mana kan? Nak yang metro atau uber, pilihan di tangan anda! Hihi.. ;P

Anonymous said...

dua2 jenis ni susah nak jaga lah kak bib. Haha !

Miss Bieb said...

Mus > Senang je kalau kena caranya! Mus mesti boleh buat punya! Haha..

miz_nana said...

yang gurL pon same ek mcm laki ? ?

MX2011 said...

interesting post. tapi kenapa diskusi nya pendek jak? hehe

Miss Bieb said...

Miz Nana > Metroseksual dan uberseksual ni istilah yang lazimnya digunakan untuk golongan lelaki sahaja! :)

Hussen > Nak tulis entri panjang, bimbang orang lain jemu nak baca. Haha..