Thursday, June 30, 2011

Cikgu baru

Terasa sudah lama tidak menulis sesuatu di blog ini. Rindu menyerang! Ya! Menulis itu terapi buat saya.

Berhijrah ke tempat baru, bekerja di tempat baru dan berjumpa orang-orang baru! Semuanya baru. Dan saya cuba menjadi lebih baru. Memperbaiki semua kesalahan/kelemahan lepas dan menjadi Siti Habibah yang baru. Yang lebih baik dari semalam. Aiyoo..jiwang sungguh bunyinya. *Seperti biasa, saya memang minah bunga2. Tak kisah pun. ^_~

Dan di minggu pertama saya memulakan tugas di sekolah ini, saya sudah diberikan 'surat cinta' dari pihak sekolah! Muehehe...Dahsyat kann... Memang pecah rekod lah! Cikgu baru ini dikehendaki menghantar surat tunjuk sebab atas kegagalan memastikan pelajar menaikkan kerusi ke atas meja selepas sesi P&P yang terakhir. Ha! Ingat senang nak jadi cikgu? Benda-benda kecik macam tu pun kena buat dengan penuh berdedikasi. Sabarlah, Labu! Tapi tak rasa malu pun, sebab ramaiiiiiiiii cikgu senior pun dapat 'surat cinta' ni! Kita serupa... :P

Ok. Beralih kepada bab yang seterusnya...(cehhh..ayat cikgu sangat!), sekolah ni sama macam sekolah harian yang lain. Pelajar yang nakal memang nakal, yang baik memang baik (ehh..memanglah kan?..haha..tingtong!). Kantin sekolah ni best gila! Macam-macam ada. Sedap pun sedap. Menu untuk pelajar dan guru, dah sama macam menu di restoran-restoran di luar. So, puas hatilah! Dah lah murah, sedap, banyak pilihan. Nasi goreng hailam, paprik, laksa, roti canai, wafer, ahhhhh macam-macamlah! Boleh membantu saya naikkan berat badan. Hihi...

Dan seperti selalunya, cikgu baru sering menjadi bahan usikan pelajar nakal! Bencilahhh! *_*

"Cikgu asal mana?"
"Sabah."
"What? Tak macam Sabah pun! Cikgu Sabah Singapore ek?"
(-_-")

"Cikgu, kawan saya nak no telefon cikgu."
(-_-")

"Cikgu tinggal kat area sini ek? Cikgu tinggal sorang kan? Takpe. Malam ni saya ambik cikgu kat rumah, kita g makan sama2. Naik kereta saya."
(-_-")

"Cikgu baru wei! Cikgu baru wei! Pewwwiiittt! Peeewwwwiiittt! Ala, cikgu ni sombongnya..."
(-_-")

Saya sangkakan zaman diusik oleh pelajar lelaki semasa praktikal dulu takkan berulang, ternyata saya masih terpaksa hadapi situasi diusik oleh pelajar-pelajar spesies hyperaktif sebegitu. Sabar! Sabar!

Saya cikgu garang, tahu! Awasss!!!

Apapun, saya bersyukur dengan segala yang Tuhan berikan dan aturkan buat saya! Semuanya terkandung hikmah berharga. Alhamdulillah. Semoga segalanya baik-baik sahaja. ^_^

*Jangan tanya nama sekolah. Biarlah rahsia. Muahaha.. ^_^

15 comments:

Rawkzell said...

cikgu comel "wajibla" kene kacau :D

Cikgu Waniey said...

Salam rindu kak bieb...
posting di mana???
semoga tabah & kuat utk menyempurnakan penyampaian ilmu ya...:-)

Unknown said...

adat le tu kene kacau dgn murid2..skrang dorang lbh berani dan kurang hormat kt cikgu...xmcm mase zaman saye dulu..dulu lain, dulu org lbh hormat profesion cikgu ni..skrang dorang anggap mcm biase sj..wlhal cikgu jugak lah yg mngajar dorang jd org yg lbh berguna(kalau yang nak la,yg xnak tetap xberguna jugak dorang tu..ehehe)

Miss Bieb said...

Jer > Wajib??? Aiyooo...kdg2 rs mcm nk picit2 je student nakal mcm tu..haha..

Miss Bieb said...

Cikgu Waniey > Salam rindu jgk, Waniey cyg! :)

Akak posting kt Selangor.

Yep! Semoga semua dpmudahkan. Tq,dear!

Miss Bieb said...

Harith Iskandar > Kannn...Jauh beza pelajar dulu dgn skrg. Persepsi org thdp cikgu pn dah lain. Tak macam dulu. Pelik dgn ragam mcm2 org, terutama yg suka menyalahkan cikgu bila anak dorg bmasalah, saman-menyaman lahh..aii..mcm2.. Btw,thanks singgah jenguk blog ni! ^_^

aksara said...

ayat perenggan last tu sgt menarik.

*teringat cikgu azma masak kami kecik2 dulu..

Amir Batrisya~ said...

Selamat menjadi cikgu kembali! =)

Miss Bieb said...

Aksara > Wahaha..bagusnya masih ingt dgn ckgu2 lama..Beruntung cikgu ada student yg msh ingt dorg..hihi.. ^_^

Miss Bieb said...

Amir > Selamat!! Haha.. Thanks, Amir! :)

Kak Mahh said...

Dik...belajar dari kesilapan.

ZaraZueyin said...

salam kenal cikgu
dari cikgu juga ;)

Miss Bieb said...

Kak Zmah > InsyaALLAH. Terima kasih, kak Zmah. ^_^

Miss Bieb said...

Zarazueyin > Salam kenal cikgu Zarazueyin! Bestnya dpt kenalan cikgu blogger. Boleh berkongsi apa2 input@pnglman cikgu. Hihi.. ^_^

UniMeOw said...

uni pon bakal cgu jugak!

insya Allah..:)